Ahad, Disember 13, 2009

Felt Keychain And purse

Koleksi terbaru dari felt...berminat?? contact or ym/emel rose_8220@yahoo.com. Banyak lagi boleh lihat di kedai wanjah....









 THANKS FOR VIEWING....



Have a nice day...

Ahad, Disember 13, 2009

Update Tudung

Di sini saya updatekan senarai tudung yang masih ada....jika berminat boleh contact saya or emel/ym ye...
Tudung saiz M belian melebihi 2 diskaun pasti ada...dah x banyak tinggal...cepat!!! habiskan stok yang ada...




sais S hanya satu je tinggal rm35...warna biru kehijauan
stok terhad...siapa cepat dia dapat.
pembelian melebihi 2 helai diskaun menanti anda...beli banyak diskaun banyak.....

 AL HAMRAH 03,08,09 SOLD


hepi viewing...


salam mesra

Rabu, Disember 09, 2009

Bz .....Sampai x sempat update

Salam semua....
mesti ada tertanya kan manalah menghilang tuan blog nih...lamanya x update...asyik benda yang sama je..hehehehhe

Sekian lama...ni baru menjenguk blog yang dah bersawang berhabuk pun...bzbzbzbzbzbbz...penat semua ada. Sebelum raya korban dah balik pindah dok kampung..banyak nak kena buat ..internet pun ambil masa nak proses kat sini. Ingatkan senang..sekali tukar borang je..rupanya banyak lagi prosesnya..kira pi mai pi mai jugak la kat telekom tu...rasa bengang pun ada. Nak buat macam mana kan nama pun kita ni pelanggan..kenalah tunggu semua tu..n last ni baru sedap sikit nak online. Masa xder internet ni macam ayam berak kapur..xtau apa nak buat. Bosan tahap cipan..kekekkekeke

Dalam diam xder internet ni..boleh lah pinjam sat laptop kak ipar masa balik mai raya korban aritu..lepas gian. hehhehehe....dan dalam tu kita ada 'baby` baru tau...nak tau apa dia????? jeng jeng jeng....kita dah beli mesin jahit jenama Brothers nv30..ada 70 jenis jahitan dalam tu,,,so sekarang tengah dalam proses nak belajar menjahit pulak...terkial-kial jugak la...manalah tidaknye...bukannnya pandai jahit-jahit ni..dah lama tinggal zaman menjahit ni...masa sekolah menengah dulu tingkatan 3. Itupun sebab kena buat projek ERT...kalau tak..memang x pegang mesin jahit. Tapi masa tu mesin jahit jenis ada meja pe semua..bukan macam sekarang pakai elektrik..auto je..semua jenis tekan butang..kerja senang. Tapi kalau x pandai pun blh rosak gak tau...itu yang tengah dok belajar ni...sabor je la..

Sifu pun xder nak tolong ajarkan..yang ada dah lama tinggal bab menjahit ni...dan mesin jahit digunakan pun x sama...jenis yg dulu2. Itulah yang bz sangat sampai x sempat nak jenguk blog tersayang ni...kena pulak anak demam campak kecik..jadi banyak masa diluangkan untuk si kecil tu..sekarang dah mula nak merangkak...gigi pun dah tumbuh 4 atas 2 bawah..gigi kapak tau...kuikuikuikuikui.....x macam abang dia dulu..gigi kecil je..sederet tumbuh sekaligus..demam terus..

Emak,adik pe semua pulak ikut abang sulung ke Johor..gi melawat sana pulak..jadinya banyak la tugas kena buat kat rumah ni...tinggal kami je dengan abah dan juga adik ke 4...amik SPM tahun ni...x lama dah..tinggal paper Geografi satu lagi...pastu holidayyyyy...dia lah bukan saya...kekekekkekeke...

Ingat nak ambil lesen tapi xtau lagi...kewangan x mengizinkan. Kalau dah pandai menjahit boleh jugak ambil upah kan...boleh jugak tambah duit poket..hehehehhe..

Erm..dah panjang lebar ye .....tengah malam dah pun..ni pun take over sat..tadi hasben guna pc..update apa yang patut...satgi nak tengok wmc lak...pantun plak..hehehehhe..itupun satu kebz..an jugak tu...sibuk berpantun.

oklah...jumpa lagi ya....zasssss..adios...salam

Selasa, November 24, 2009

Minggu Teramat bz

Salam dan selamat sejahtera semua...

Lama x mengupdate blog ku yang x seberapa pemes nih...hehehhehehee. Apa nak buat minggu ni memang bz giler...sbb nak pindah balik kampung. Dah x stay dah kat Pulau langkawi...kiranya pulau yang pemes dengan pelancong ni akan ku tinggalkan..yang tinggal hanyalah kenangan.


Semua barang dah pack..dan dah selamat sampai pun di kampung kelahiranku...Kg. Sungai Yom...mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga tidak...yang pastinya di sinilah tanah tumpah darahku...huhuhuhu. Dah sampai sinipun banyak lagi barang yang di buka..berkotak2 plak tu..penat..mananya dengan baby lagi,,barang besar lagi..baju lagi...x menang tangan nak buat semua tu..jadi kena slow2..biar lambat asal semua ok...


Semua kena settle dalam bulan ni...dah x lama nak masuk bulan 12 dah...kerja pun nak kena cari...ringkasnya banyak la nak kena buat...penat kan?? Ni baru permulaan..panjang lagi perjalananku di sini...banyak lagi yang akan ku tempuhi..yerla stay dengan mak..faham2 je la. Dulu stay dengan hasben n anak2 je...kenalah pandai sesuaikan diri kat sini...


Erm..setakat ni ok je semua..harap2 rezki kami sekeluarga di sini ada hendakNya..dirahmati dan diberkati allah selalu. Oklah xleh lama2...ke bz an telah melanda....


Adiossss....salammm....

Ahad, November 15, 2009

Ulangtahun Perkahwinan


Pejam celik pejam celik dah dekat 5 tahun aku melayari bahtera alam rumahtangga bersama insan tersayang di sisi. Pelbagai cabaran,rintangan dan dugaan yang aku harungi bersama-sama suami tercinta. Asam garam rumahtangga juga sudah kurasai...

Tanggal 21.11.09 ini genaplah 5 tahun usia alam rumahtanggaku bersama suami tersayang Yusri Mohd Yusof. Sekejap je rasa dah masuk 5 tahun ye...anak-anak pun dah makin besar..yang sulung pun dah nak masuk pra sekolah.

Tengok je dalam album pekahwinan ..macam baru je berlalu saat2 ketika suami melafazkan akad nikah..dan menandakan aku sah menjadi miliknya zahir dan batin. Sungguh cepat masa yang berlalu dan aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi diatas limpah rahmatNya aku dan suamiku masih lagi bersama hingga ke hari ini dan aku berdoa semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat dan penuh dengan kebahagiaan.

Kenangan indah tetap terpahat di dalam sanubariku..walaupun banyak godaan,cabaran dan rintangan ketika aku bersama suami..alhamdulillah kami bertahan hingga ke hari ini...dan berharap sampai ke hujung nyawa..InsyaAllah. I love u so much..hubby..



Lots of hug from me

Ahad, November 15, 2009

Get to know yourself better

 Aku adalah aku...aku tidak boleh menjadi seseorang yang aku x blh....

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.-yes it is, aku memang seorang yang straighforward..kalau x suka or suka baik terus terang..x elok kata belakang kan..

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.-dan yes lagi untuk persoalan ini..kalau hati dah suka..yang lain x penting sgt janji ikhlas, jujur juga seorang yang matang.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.-hehhehhehe..macam betul le pulak..

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.-yes, thats right

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.-bab ni kalau yang aku minat giler2 memang aku pulun belajar....kalau yang x minat..faham2 le :P

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.-i like and love  to be my own boss for my jobs..hehehehe

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.-Memang aku cuba untuk memenangi hati semua orang tetapi aku sendiri yang terperangkap dalam keinginan untuk menjadi diriku yang sebenar...hipokrit?? aku x blh..disebabkan itu i love to be myself...orang suka atau tidak suka terpulang..janji hatiku senang dan yang penting jujur serta ikhlas..

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve-..itulah aku...

The Real You

 

Here is the analysis:
  1. You've got great self-confidence and you're full of charm. Most guys who get to know you will be attracted to you. You are far from sweet and proper; your intriguing personality fascinates them. Most guys find it easy to fall for a girl like you.-ye ke..xtahu plaks :P
  2. You don't really care about other people's feelings. You do things the way you want and usually think only about yourself. You are easy-going and love to have fun, but you can be irresponsible as well. You are not keen on serious discussions because they can make you remember that life isn't always about parties.-hehehhehe..no komen..ada boleh terima..ada yg tak
  3. You strictly follow rules, and you expect other people to be the same as well. People can get tired of you easily, as you can make them feel a little guilty about themselves. You always make decisions on your own, and can be dismissive of other people's advice. You like to be the leader in groups, but can forget to be concerned about the people you are with.-hurm..ye ke..kena baiki diri ni...
  4. Guys see you as being a thinker and a careful person. They will be really attracted to this quality in you, but you need to learn to speak your mind, otherwise people will find you too shy and quiet. Learn to relax and lighten up--it's okay to have fun sometimes. When you learn to develop your fun-loving side, guys are going to flock to your side.-ok..i,ll try
  5. Your boyfriend thinks that you are a real doll but this is not a totally positive thing. Sometimes you can be a bit too sweet, and come across as being helpless. If you're like this too frequently, your boyfriend and other people are likely to get tired of you having to rely on them all the time.-hurmm...ye ke..

 kalau nak join ,,jom ke sini

Lots of Love

Sabtu, November 14, 2009

Makan Malam Di Selera Petani

Malam ni nak makan ape ek? Nak masak takut membazir pulak..last2 gi menjamu di restoran Selera Petani dekat2 area umah aku. X sampai 5 minit dah sampai(naik motor le). Kena pulak hasben keluar dengan kawan2 dia...so perut pun lapar..terus apalagi..isi perut di restoran ni. Salah satu yang terdapat di Padang Matsirat..
Aku pi dengan adik naik motor sekali dengan si kecik. Abang dia abah dia bawa. SAmpai je terus kitaorang order. Menu aku nasi goreng ayam dan Horlinks Ais dan adikku pulak Nasi Tomyam Campur dengan Milo Ais Plus Somtam. 10 minit kemudian air pun sampai...tapi makanan blum lagi..tunggu punya tunggu adalah dalam 1/2 jam, baru sampai menu yang kami pesan. Berakaq jugak la punggung aku ni..hehehhehehe.

Dengan tidak membuang masa aku pun menjamu selera...kira cepat jugak la aku makan pasal si kecik maklang dia pegang xmau duduk diam. Nak xnak kena speed..hehhehe tapi xlah sampai tercekik ye... Giliran maklang dia pulak menjamu selera..sedap jugak masakan di restoran nih..so sesapa yang nak mai langkawi ni..jangan lupa ye..singgah la makan kat restoran Selera Petani ni..masakannya memang ummppp...wallah..

Lepas je makan..terus bayar dan balik. Hurm..cik abang aku x balik lagi...kitaorang yang pergi dah siap balik pe semua..dia x balik2 lagi..tadi kata kejap..yerlah kejap sungguh ye..Almaklum jumpa kawan2 lama..x ajak aku lak sekali..hampes tul..hehehhe..teringin jugak nak jumpa wife kawan2 dia..ni kawan2 cik abang aku ni pakat tinggalkan wife memasing..just jumpa geng diaorang je. Adakah patut???? x patutttt....X ke pelik??? Ke aku yang pelik?? Ntah..no komen..biarlah..lelaki kan..

Berbalik pada restoran tadi...setahu aku dah buka satu lagi cawangan dekat dengan market Padang Matsirat..cepat sungguh berkembang maju..customer pun ramai..x lekang walaupun hujan turun..itulah restoran yang dimajukan oleh orang petani(amat gigih dalam berniaga) x kenal erti penat lelah..walaupun diorang hanya pendatang di sini tapi diaorang boleh stay di negara kita dan menghasilkan duit dengan banyaknya..semakin lama semakin bertambah restoran yang dimajukan oleh kaum petani ni. Aku tengok kebanyakan restoran di Langkawi ni memang ramai kaum petani yang majukan, kalau kaum melayu susah nak jumpa..kalau ada pun segelintir. Kalau kaum diaorang boleh berjaya..kenapa tidak kaum Melayu kita? Fikir2lah ye...

Suasana di restoran Selera Petani...



erm..bosannye menunggu nih..makan jari pun bagus.....








Salam mesra...selamat malam..adioss

Jumaat, November 13, 2009

SARARISA CRAFT GIVEAWAY CONTEST 2009



Giveaway datang lagi...dan untuk kali ni Cik Sararisa Ghazali yang adakan giveaway...cute2 n comel hadiah yang ditawarkan...3 lagi tau..iaitu :-

pemenang pertama : 2keping frame bersaiz 4R + fridge magnet
pemenang kedua : 1 keping frame bersaiz 4R + fridge maget
pemenang ketiga: 1 keping magnet frame bersaiz 4R

Memang cute sangatlah..yerla handmade kan..mana boleh dapat di kedai2 atau pasaraya ke..hanya satu je dlm dunia..hehehe..So bagi sesapa yang nak join sila ke Sararisa Craft Giveaway ye...manalah tahu anda tersenarai dari salah satu pemenang kan...saya pun nak cuba nasib jugak..untung2 dapatlah..dok join giveaway xder lagi yg menang...hehhehehe..

Frame tu atau salah satu dari yang ditawarkan kalau saya dapat..nak letak pic anak2 dengan ummi dan abah dia..xder lagi frame pic anak2 yg buat dari hasil tangan seseorang..memang xder la dalam rumah saya ni(ada pic kawen je)hehehhe..yang lain dalam album je letak. So kalau lah saya menang..bolehlah letak gambar baby saya dengan abangnya..dan amik pic letak dalam blog..(perasannya kot2 menang)..hehehhehe.

Lagipun memang suka benda2 yang hasil dari kraf ni..kreatif dan inovatif..lain dari yang lain...memang peminat seni saya ni.Jadi tunggu apa lagi..jom pakat2 meriahkan blog Cik Sararisa.



Jumaat, November 13, 2009

Shoping Kain Batik

Hari cuti sedunia kali ni..hehehehe..panas pun panas...tapi dah buat planning nak keluar petang nanti..tunggu redup skit..baru best nak keluar. Jadi bila petang skit berangkatlah aku dan adikku ke destinasi pertama yang telah dirancang.

Sampai je kat sana terus kitaorang servey harga disitu..memang rambang mata kalau tengok kedai2 dan barang yang dipamerkan. Tentu tertanya2 bukan..ke manakah aku dan adikku pi ye...hehehhhe. Jawapannya...jeng..jeng..jeng ialah...Beras Terbakar. Salah satu tempat yang mesti orang pergi kalau mai ke Pulau Langkawi ni..sebab kat sini murah2 kain batiknya...jadi sebenarnya kitaorang pi kat sini untuk shoping kain batik la..disamping barangan yang lainnya. Jenuh jugak bertanya..nak cari harga yang terbaik..almaklumla nama je dok di langkawi tapi beli kain batik x pernah..huhuhuhu..selalu mak je datang sini beli kat kitaorang(ape teruk punya anak kan)..bukan pe aku jenis x minat sangat beli kain batik ni..tapi kalau pakai..aku pakai tau..nanti kata aku x pakai lak..hehehehe.

ok..berbalik pada shoping kain batik tadi ye..dah habis kitaorang bertanya sampai ke dalam nun..penat jugak..dengan panas sama..last2 kitaorang belilah dengan sorang kak tu..dah x larat jalan dah..lepas tanya itu ini..boronglah kitaorang 16 helai kain batik jawa tulis(pemes terkini dan menjadi rebutan sebab cantik dan elok kainnya). borong juga kain pelikat harum..wangi giler tau bila gosok skit2..lepas tu dah penat..berat jugak bawak bungkusan tu tau...senget sebelah bahu aku..hhhehehe..tapi puas hati lah..ni pun beli untuk orang..harap2 puas hati ye ornag yang kirim tu..hehehehe.

Nilah antara yang aku beli kat Beras Terbakar


kain pelikat Harum


















Kain batik Jawa Tulis












Lepas shoping di situ kitaorang satu family pi jejalan kat kuah..destinasi kedua pi Kamdar (cari kain -adik aku punya nak buat baju) Nakkata lama x lama jugak tapi hari dah malam bila kitaorang keluar dari Kamdar...hujan lebat pulak. Jadi kenalah tunggu sekejap..bagi reda skit..yerlah aku pi pun naik motor je, keta xder..belum ada rezki. InsyaAllah..one day nanti. Bila dah reda skit..barulah bertolak..singgah sekejap di TSH untuk berteduh dan rehatkan badan sebab hujan lebat la pulak. Nak xnak kenalah berhenti kejap..sekurangnya kat sini x kena hujan...lepak kat Breads Story di situ...kena pulak time tu buat sales Buy One Free One..apalagi. Aku tengok ada sorang apek tu dah siap tunggu situ family dia..rupanya tunngu sales ni lah...bila letak je notis Buy One Free One tu terus dia pergi macam kilat. Banyak juga dia borong terutama roti sosej(peberet aku)...alahai aku pun dok tunggu di belakang dia...intai2 jugak takut habis dia ambil..x ke kempunan aku dibuatnya. Nasib baik ada lagi.tapi tinggal 6 biji je..aku ambil 4..ada lagi 2..pastu kakak sorang tu ambil lak...kira oklah kan..ada juga bahagian aku dan family...alhamdulillah rezki.

Sementara tunggu hujan reda...masuk jugak la dalam TSH tu..beli air, baby food untuk my baby..dia pun kena makan jugak kan...dan lepak kat corner luar TSH kat meja Breads Story tu. Masing2 tengah tunggu hujan turun, bukan setakat aku je..ramai lagi yang lepak kat situ. My baby tu..suap je baby food jenama Heinz tu perasa pisang dan pear laju je dia makan..sampai tinggal separuh..abang dia pun kalut nak makan jugak..aku suap je..x bagi satg meragam lak nanti..tu pun berebut dengan adik dia. Stay kat situ lama jugak la..sampai TSH tutup..pastu baru boleh balik...redah jugak tapi hujan xlah lebat sangat. Kira bolehla..sampai je kat rumah..terus salin baju pe semua..mandi. Sejuukkkkkkk....Oklah dah nak beradu...ngantuk ..Nite semua...

Pic kat Corner Breads Story



Lots Of Fun Today

Khamis, November 12, 2009

My Online Shop

Produk2 yang masih hangat lagi dalam kedaiku...hehehehhe.. Jemputlah ye masuk mana tahu ada berkenan di hati ke..beli sebarang seketul dua. Antara yang terdapat dalam kedai online saya...

Antaranya hp straps, hairclips, dll




Ok..thats all...have fun...Da...

Khamis, November 12, 2009

Felt Creations

Salam ceria semua...

Erm macam ni lah aktiviti sekarang ni...x lekang dari buat kraf dari felt...ni salah satu beg sandang yang diletakkan ladybird......
























Have A look

Khamis, November 12, 2009

Bercuti Sambil Makan Angin Di UnderWaterworLd

Cuti2 Malaysia....
Di pulau Langkawi ni terkenal dengan tempat2 bersejarah dan juga tempat perlancongan yang lain...nama je tinggal di sini tapi aku dgn family xder sangat melawat pun tempat2 di sini. Bukan semua ye..sesetengah..hehehehe..

Nak dikatakan abang aku dengan family dia mai la ke pulau perlancongan ni...bawa sekali dengan mak aku...jadi kira meriah la dengan kehadiran family abang aku tu..
Tambah2 dengan 2 hero yang aktif dan nakal-nakal manja tu..hehehehhe..bertemu dengan hero aku..lagi gamat.

Diaorang datang 3 hari je..jadi dalam masa 3 hari tu..masa diisi dengan sepenuhnya sebaik2nya. Abang aku ambil pakej pi melawat di Tasik Dayang Bunting, dan juga pulau2 sekitar. Yang bestnya masa diorang pi melawat kat TDB(Tasik Dayang Bunting) sehari suntuk jugala..balik2 je muka hitam legam+merah terbakar...hahahahhaha..panas punya pasal. Tapi oklah puas hati kan..siap amik gambar abadikan dalam frame lagi(sure kena bayar) hehehehe. Keesokan harinya pulak...kitaorang ramai2 pi Underwaterworld(gara2 nak pi tgk ikan yu dengan 3D punya animasi) ..best jugakla. Ni kira kali ke3 kot aku pi masuk tempat ni. Kan dah kata nama je dok kat sini..hehehehehe..jangan mare. Masa pi punya la ramai orang...berderet beratur panjang giler...nasib bukan aku yang kena beratur..siapa lagi abang aku lah..hehehhe. Wife dia aka kak ipar aku stay je kat tepi..yerla..mana nak handle budak2 yang ceria lagi aktif ni..pi sana sini..jenuh kepung. X lama kemudian turn kitaorang masuk...so apalagi ..masuk je terus snap gambar...snap sana snap sini..macam2 gaya dan ragam...

Masa ni aku pregnant dalam 5 bulan dan kak ipar 3 bulan lebih kurang la...tu chubby skit..hehehehhe

dan ni lah beberapa gambar yang diambil di sudut lain2 tempat...kira hepi giler jugakla haritu....penat pun penat jugak...lepas tu terus balik...

para ibu(tdg biru dan putih je) yg tgh2 blm lagi..hehehhe




toknek diaorg



kak ipar aka kaksu












aku dan maklang dioarang(kanak2 ceria)












makdak diaorang(adik ke4)






geng kanak2 ceria



ni masa kat akuarium






have fun.......lots of hug from me....