Sabtu, November 14, 2009

Makan Malam Di Selera Petani

Malam ni nak makan ape ek? Nak masak takut membazir pulak..last2 gi menjamu di restoran Selera Petani dekat2 area umah aku. X sampai 5 minit dah sampai(naik motor le). Kena pulak hasben keluar dengan kawan2 dia...so perut pun lapar..terus apalagi..isi perut di restoran ni. Salah satu yang terdapat di Padang Matsirat..
Aku pi dengan adik naik motor sekali dengan si kecik. Abang dia abah dia bawa. SAmpai je terus kitaorang order. Menu aku nasi goreng ayam dan Horlinks Ais dan adikku pulak Nasi Tomyam Campur dengan Milo Ais Plus Somtam. 10 minit kemudian air pun sampai...tapi makanan blum lagi..tunggu punya tunggu adalah dalam 1/2 jam, baru sampai menu yang kami pesan. Berakaq jugak la punggung aku ni..hehehhehehe.

Dengan tidak membuang masa aku pun menjamu selera...kira cepat jugak la aku makan pasal si kecik maklang dia pegang xmau duduk diam. Nak xnak kena speed..hehhehe tapi xlah sampai tercekik ye... Giliran maklang dia pulak menjamu selera..sedap jugak masakan di restoran nih..so sesapa yang nak mai langkawi ni..jangan lupa ye..singgah la makan kat restoran Selera Petani ni..masakannya memang ummppp...wallah..

Lepas je makan..terus bayar dan balik. Hurm..cik abang aku x balik lagi...kitaorang yang pergi dah siap balik pe semua..dia x balik2 lagi..tadi kata kejap..yerlah kejap sungguh ye..Almaklum jumpa kawan2 lama..x ajak aku lak sekali..hampes tul..hehehhe..teringin jugak nak jumpa wife kawan2 dia..ni kawan2 cik abang aku ni pakat tinggalkan wife memasing..just jumpa geng diaorang je. Adakah patut???? x patutttt....X ke pelik??? Ke aku yang pelik?? Ntah..no komen..biarlah..lelaki kan..

Berbalik pada restoran tadi...setahu aku dah buka satu lagi cawangan dekat dengan market Padang Matsirat..cepat sungguh berkembang maju..customer pun ramai..x lekang walaupun hujan turun..itulah restoran yang dimajukan oleh orang petani(amat gigih dalam berniaga) x kenal erti penat lelah..walaupun diorang hanya pendatang di sini tapi diaorang boleh stay di negara kita dan menghasilkan duit dengan banyaknya..semakin lama semakin bertambah restoran yang dimajukan oleh kaum petani ni. Aku tengok kebanyakan restoran di Langkawi ni memang ramai kaum petani yang majukan, kalau kaum melayu susah nak jumpa..kalau ada pun segelintir. Kalau kaum diaorang boleh berjaya..kenapa tidak kaum Melayu kita? Fikir2lah ye...

Suasana di restoran Selera Petani...



erm..bosannye menunggu nih..makan jari pun bagus.....








Salam mesra...selamat malam..adioss

0 comments: