Ahad, November 15, 2009

Ulangtahun Perkahwinan


Pejam celik pejam celik dah dekat 5 tahun aku melayari bahtera alam rumahtangga bersama insan tersayang di sisi. Pelbagai cabaran,rintangan dan dugaan yang aku harungi bersama-sama suami tercinta. Asam garam rumahtangga juga sudah kurasai...

Tanggal 21.11.09 ini genaplah 5 tahun usia alam rumahtanggaku bersama suami tersayang Yusri Mohd Yusof. Sekejap je rasa dah masuk 5 tahun ye...anak-anak pun dah makin besar..yang sulung pun dah nak masuk pra sekolah.

Tengok je dalam album pekahwinan ..macam baru je berlalu saat2 ketika suami melafazkan akad nikah..dan menandakan aku sah menjadi miliknya zahir dan batin. Sungguh cepat masa yang berlalu dan aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi diatas limpah rahmatNya aku dan suamiku masih lagi bersama hingga ke hari ini dan aku berdoa semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat dan penuh dengan kebahagiaan.

Kenangan indah tetap terpahat di dalam sanubariku..walaupun banyak godaan,cabaran dan rintangan ketika aku bersama suami..alhamdulillah kami bertahan hingga ke hari ini...dan berharap sampai ke hujung nyawa..InsyaAllah. I love u so much..hubby..



Lots of hug from me

1 comments:

lily lotus berkata...

semoga kekal bahagia ;)