Rabu, April 07, 2010

Corat-Coret Menarik Di ABPBH2009!



KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2010: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 malam tadi menyaksikan  buat kali yang ke-7, Dato Siti Nurhaliza diumumkan sebagai Bintang Paling Popular dan kali ini beliau benar-benar tetap dengn pendirianya bahawa ini merupakan penyertaan terakhir beliau dalam majlis anugerah berprestij itu.

Jika ABPBH2008 tahun lepas Nabil Raja Lawak terpeluk buah hatinya Irma Hasmie sebaik saja namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2008, kali ini Dato Siti Nurhaliza pula dengan rela hati telah memeluk memeluk suaminya, Dato Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Dato K. Malah, dia juga mencium tangan dan kedua-dua belah pipi suami tercinta itu.

Selain kejadian seperti di atas terdapatcorat-coret menarik yang dapat dilihat sebelum, ketika dan selepas acara gilang-gemilang itu berakhir: -


# Mila antara selebriti pertama yang mengenakan perhiasan yang ditaja oleh penaja utama Habib Jewels.

# Gempar bila media tidak dibenarkan masuk di pintu masuk Arena of Stars oleh pengawal walaupun selepas mereka menunjukkan kad jemputan media ABPBH09. Namun semuanya selesai selepas urusetia ABPBH tampil dan membenarkan kami masuk.

# Fida pemenang Gadis Pantene adalah di antara selebriti yang pertama melalui acara karpet merah.

# Linda Jasmine yang sudah beranak dua malam itu mengenakan  gaun  sedondon berbaju hitam dengan suaminya  sehingga menampakkan bahagian belakangnya yang luas dari atas hingga ke bahagian pinggangnya.

# Peminat yang menanti ketibaan selebriti kesayangan mereka di upacara karpet merah itu tiba-tiba bersorak kuat apabila melihat kehadiran pasangan kontroversi Zizie Izzete dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar. Mereka turut menemani salah seorang anak perempuan Bung Mokhtar.

# Iz OIAM adalah selebriti yang seringkali dilihat setiap tema majlis yang dihadirinya. Kali ini, dia tampil dengan gaya kaca mata hitam yang unik seperti kaca mata yang digunakan oleh super hero dalam filem X-Men!

# Pasangan kekasih Sam Bunkface dan Juliana Evans yang dikatakan telah berpisah dilihat berjalan bersama-sama dalam acara karpet merah.

# Sekali lagi Enot dan Didi Alias tampil berani dengan gaya fesyen ala Lady Gaga yang nampak seperti agak pelik dan tidak kena pada majlis malam itu.

# Persembahan pembukaan gabungan Faizal Tahir & Bunkface yang bertenaga berjaya memukau dan mendapat tepukan gemuruh penonton di Arena of Stars.

# Persembahan Nabil, Angah dan Zizan dari rancangan realiti Raja Lawak telah membuatkan penonton tidak kering gusi, malangnya persembahan itu berlangsung hanya ketika waktu laluan iklan.

# Sejurus selepas dua nama besar seperti Mawi dan Fasha Sandha diumumkan dalam pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular, mereka telah mendapat jeritan 'boo' oleh penonton. 

# Sebelum diumumkan siapa yang bakal meraih Anugerah Pelakon Wanita Popular, pelakon  Iqram Dinzly dilihat bergurau dengan menolak-nolak Tiz Zaqyah untuk naik ke pentas walaupun Tiz seperti menidakkannya sehinggalah namanya disebut dan beliau terus naik ke atas pentas dengan perasaan terharu.

# Pelakon, Sharifah Amani kelihatan begitu sangat intim dan mesra  dengan kekasihnya Gavin Stenthouse iaitu jejaka kacak dari Uniyed Kingdom yang baru saja berlakon dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa: The Malay Chronicles terbitan KRU Studios. 

Terdapat seorang selebriti lelaki yang dilihat beberapa kali mencium mesra di pipi pasangannya kekasihnya yang juga seorang selebriti yang dikenali.

pasangan kekasih selebriti yang begitu mesra sehinggakan kelihatan kekasihnya yang seorang mat salleh itu beberapa kali mencium pipi selebriti itu.

# Noh dari band Hujan nampak bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan menampal nama Tiz Zaqyah yang berada di kerusi Tiz di belakang badannya.

# Selepas diumumkan Dato Siti Nurhaliza sebagai Bintang Paling Popular, semua peminatnya menjerit dan bersorak nama Siti sepanjang beliau memberikan ucapan.

# Shamsul Yusof iaitu kepada anak kepada produser filem anak Datuk Yusof Haslam mendakwa bahawa beliau telah diintai oleh peminat misteri di dalam tandas sehingga berlaku perbalahan sewaktu majlis `post-party` ABPBH2009 diadakan.

Sekian dulu ye..cerita dari Murai.Com


0 comments: