Sabtu, Mei 01, 2010

Analisa ringkas keputusan PMR 2011

Assalamulaikum semua... Hari ini, 22 Disember 2011 menyaksikan pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang dinantikan oleh pelajar Tingkatan 3. Pastinya ada yang telah mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing dan ada juga yang cuba mendapatkan keputusan melalui semakan secara SMS.

 PMR 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Pencapaian pada tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 orang (0.75 peratus) iaitu daripada 30,863 orang (7.02 peratus) pada 2010 untuk calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu seramai 34,271 calon.

Analisa Ringkas PMR 2011

Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas. Calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Manakala, calon yang mendapat minimum gred D meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu. Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010. Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.
Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar

sumber asas dari BERNAMA dan juga BELIAMUDA

P/S: bangga dengan keputusan adik dapat 8A di MRSM KUBANG PASU...tahniah ye :) 

0 comments: