Sabtu, Jun 12, 2010

Ingin Tentukan Jantina Anak??

Salam semua...harap2 semua sihatlah ye..almaklumlah musim cuti sekolah ni banyak kenduri yang bertandang..makan2 jugak ye..kesihatan kena jaga. Anak2 pun bukan main seoronok bila cuti sekolah dah bermula..apalgi time tu lah berkumpul bersama saudar-mara yang jauh2..

Bukan anak saje..mak bapak dia pun tumpang sekali..eratkan silaturahim..yerlah bukan senang nak jumpa kan? cakap pasal anak2 ni..anak saya baru demam harini..main nasa sangat..dilarang x dengar. yerlah jumpa dengan kawan2..apalagi seronok bermain x ingat dunia. Last2 kena demam..tpi daj diberi ubat tadi..harap2 cepat kebah.

Erm..lupa pulak ye..bagi pasangan yang telah menimang cahaya mata dan ingin menambah lagi atau kepada yang belum timang cahaya mata tu..sini ada satu kaedah ye..untuk rancang atau plan lah nak anak ape..harap ramai dapat faedah darinya. saya dapat jadual perancangan untuk dapatkan cahaya mata ni dari blog RedComel. Harap beliau x marah lah ye..lagipun sharing is caring right??

Oklah berbalik pada topik tadi tentang kaedah nak tentukan jantina anak2 ni..saya x jamin lah 100% kan..tapi kita boleh usaha. Allah yang tentukan segalanya. :)

















Jadi..semoga berjaya pada yang ingin mencuba..mana tahu rezki berpihak pada anda kan?? saya pun tumpang gembira kalau ada yang telah berjaya mendapatkan cahaya mata mengikut perancangan yang anda mahukan.

Saya sekarang nak rehat dulu..anak2 pun masih kecil..jika nak mungkin pada usia 33 tahun. @ hero dah ada..perempuan pula la...hehehhee..apapun tengok keadaan.

Jadi pada yang tertunggu2 nak anak apa tu...jadualkanlah ye :)


Turut mendoakan

Jumaat, Jun 11, 2010

Lompat Pagar Terkam Anak

JITRA: “Anjing itu melompat keluar pagar sebuah rumah di taman perumahan ini sebelum menerkam anak saya dan rakannya serta mencakar mereka.

CEDERA...Ridzuan (kiri) menunjukkan kesan calar di telinga kanan Syurfa, manakala Mohd Arzamalimi menunjukkan calar di badan Mohd Firhan.
CEDERA...Ridzuan (kiri) menunjukkan kesan calar di telinga kanan Syurfa, manakala Mohd Arzamalimi menunjukkan calar di badan Mohd Firhan.
“Mujur ada jiran ternampak kejadian itu lalu memukul anjing itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan itu melarikan diri,” kata Ridzuan Hashim.

Ridzuan, 35, bapa kepada kanak-kanak perempuan Syurfa, 4, berkata anaknya dan anak jiran mereka, Mohd Firhan Mohd Arzamalimi, 4, cedera di belakang badan dan telinga dalam kejadian di Taman Pulasan, di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Katanya, haiwan peliharaan itu terus menerkam anaknya sehingga terguling-guling ke tanah dan menggigit tangan serta telinga anaknya berulang kali.

“Pada masa sama, anjing itu menyerang Mohd Firhan ketika itu berada tidak jauh dari situ sebelum mencakar belakang badannya.

“Kedua-duanya menjerit kesakitan menyebabkan isteri terdengar jeritan mereka dan menjerit meminta tolong jiran berhampiran,” katanya ketika ditemui di Hospital Jitra, semalam.
Syurfa mengalami kesan cakar di telinga, manakala Mohd Firhan pula mengalami kesan cakar di belakang badan dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu, semalam.

Menurut Ridzuan, jirannya itu baru berpindah ke kawasan perumahan berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan sejak itu penduduk di kawasan perumahan itu tidak selesa tinggal di situ kerana anjing berkenaan menyalak kuat setiap kali orang melalui kawasan itu.

Berikutan itu, dia dan bapa Mohd Firhan, Mohd Arzamalimi Mohd Nawi, 35, kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tengah hari semalam sebelum membuat aduan di Pejabat Veterinar Kubang Pasu untuk memaklumkan kejadian itu.

“Anak saya sekarang trauma apabila melalui kawasan taman permainan itu dan saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemiliknya kerana tidak mengikat anjing peliharaannya sehingga mengancam keselamatan penduduk di sini.

“Nasib baik anak saya dan jiran hanya luka ringan, jika tiada siapa ketika itu, mungkin mereka diserang lebih teruk lagi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Veterinar Kubang Pasu ketika dihubungi memaklumkan pemilik anjing terbabit tidak mempunyai lesen dan sudah diberi amaran.

“Jika dia gagal mematuhi peraturan itu, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan,” katanya.


Sumber dari Mymetro

Jumaat, Jun 11, 2010

Campur Aduk Daging Babi

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi.

RAMPAS...pegawai KPDNKK dan Jakim merampas produk bebola daging babi terbabit.
RAMPAS...pegawai KPDNKK dan Jakim merampas produk bebola daging babi terbabit.
Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar.

Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.

“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.

“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.

Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.

Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim.

“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal.

“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam.

“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.- Mymetro


Jumaat, Jun 11, 2010

Manusia Yang Kejam-Bayi Dicekik Hingga Mati

KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.



KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.
KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.
Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.

“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

“Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.

Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.

“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam.

“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.

Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.

Jumaat, Jun 11, 2010

Apa itu valentine??

Walaupun telat informasi ini tapi setidak nya kita wajib mengetahui asal usul sebuah perayaan yang mulai merambah di negara kita sekarang ini...

Sejarah Valentine
Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya.
Claudius II melihat St.Valentine meng-ajak manusia kepada agama Nashrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya. Dalam versi kedua , Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan "Dari yang tulus cintanya, Valentine." Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama Nashrani bersama 46 kerabatnya.
Versi ketiga menyebutkan ketika agama Nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkum-pul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan " dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini."
Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat "dengan nama tuhan Ibu" dengan kalimat " dengan nama Pendeta Valentine" sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.
Versi lain mengatakan St.Valentine di-tanya tentang Atharid, tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab tuhan-tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih, oleh karenanya ia dihukum mati. Maha Tinggi Allah dari apa yang dikatakan oleh orang-orang yang dzalim tersebut.
Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya itu merupakan lambang tuhan cinta bagi orang-orang Romawi!!!

Hukum Valentine
Keinginan untuk ikut-ikutan memang ada dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeda dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikirannya. Apalagi bila mengikuti dalam perkara akidah, ibadah, syi'ar dan kebiasaan. Padahal Rasul Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang untuk mengikuti tata cara peribadatan selain Islam: "Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut ." (HR. At-Tirmidzi).
Bila dalam merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali Valentine maka tidak disangsikan lagi bahwa ia telah kafir, adapun bila ia tidak bermaksud demikian maka ia telah melakukan suatu ke-mungkaran yang besar. Ibnul Qayyim berkata, "Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, "Selamat hari raya!" dan semisalnya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutu-kan Allah. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yang kurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Seperti orang yang memberi selamat kepada orang lain atas perbuatan maksiat, bid'ah atau kekufuran maka ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Allah."
Abu Waqid Radhiallaahu 'anhu meriwayatkan: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam saat keluar menuju perang Khaibar, beliau melewati sebuah pohon milik orang-orang musyrik, yang disebut dengan Dzaatu Anwaath, biasanya mereka menggantungkan senjata-senjata mereka di pohon tersebut. Para sahabat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam berkata, "Wahai Rasulullah, buatkan untuk kami Dzaatu Anwaath, sebagaimana mereka mempunyai Dzaatu Anwaath." Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, " Maha Suci Allah, ini seperti yang diucapkan kaum Nabi Musa, 'Buatkan untuk kami tuhan sebagaimana mereka mempunyai tuhan-tuhan.' Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh kalian akan mengikuti kebiasaan orang-orang yang ada sebelum kalian." (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hasan shahih).


untuk mendiskusikan silahkan : http://www.facebook.com/topic.php?topic=13660&uid=492737875136

sumber : dari seorang facebooker http://www.facebook.com/note.php?note_id=325584423383&id=100000172660171&ref=nf

NB : tolong sebarkan berita ini ke teman2 se-iman kita yang peduli…

Rabu, Jun 09, 2010

Inner ID Perempuan

Salam semua..

Stok baru masuk lagi...INNER ID PEREMPUAN.. simple, mudah dan lembut..x panas tau..

Anak tudung kecil atau inner yang diperbuat daripada kain jersey yang kualiti elok dan amat selesa. Ianya terdapat dalam pelbagai warna tetapi untuk test market saya jual warna hitam sahaja....kerana boleh dipadankan dengan pelbagai warna tudung/selendang yang lain.


Kepada yang berminat bolehlah order ye..sms/emel nama dan order anda..saya pasti akan balas.


Anak Tudung Kecil RM10.00 sehelai warna hitam
- Anak tudung kecil (Bonnet) dari ID-Perempuan
- Diperbuat dari kain Jessy yang sangat lembut dan sejuk
- Bersaiz kecil dan direka dengan bentuk tali utk diikat kemas dibelakang tengkuk
- Kainnya tidak panas dan tidak terlalu tebal
- Sangat sesuai dipakai dengan Tudung Syria untuk kesan lebih trendy dan elegan
- Juga boleh dijadikan anak tudung untuk menunaikan solat..memudahkan kata orang....

Jom shopping di kedai saya... WanjahShop


Cerikan hari anda

Rabu, Jun 09, 2010

Ribbon Shawls..

Seperti yang dijanjikan...shawls ribbon dah dimasukkan ke dalam kedai WanjahShop . Sila ke kedai saya untuk melihat koleksi ribbon shawls..harga yang ditawarkan pun murah , free postage. Pelbagai pilihan warna yang lembut dan sesuai untuk semua jenis pakaian untuk digayakan.

Jom kita tengok..

JALUR GEMILANG RIBBON SHAWLS DUAL TONE

kuning cair

hitam+grey

coklat gelap+cair
 
 
 

Jemput ke kedai...

Rabu, Jun 09, 2010

Stok Baru blanket soft cotton 6/6/2010

Yess...stok baru blanket dah masuk...kali ni seperti biasa corak yang menarik dan cun2 semua..ehehehhehe..apalagi..meh kita terjah...sila ke kedai online saya ye..

Contoh2 design kali ni ...zaSSsSsss..

Salam semua...erm..bz jugak sekarang. Musim cuti dah bermula...apapun jom jengah di kedai saya..stok baru dah masuk..mana tahu ada yang anda berkenan...ambil satu rm35..ambil lebih dari sehelai ada diskaun menanti anda...

Lihat-lihatlah ye...















BL01 RESERVED













BL02

NAK LAGI?? KLIK WANJAHSHOP

ALL RM35 FREE POSTAGE!!!! GRAB IT BEFORE TOO LATE...
BUY MORE THAN ONE...GET DISCOUNT...TQ

Rabu, Jun 09, 2010

Siapa Sebenarnya Si Watak Tembam Dottie?



KUALA LUMPUR, 9 JUN 2010: Masihkan anda semua ingat dengan telenovela popular dari Venezuela yang berjudul Mi Gorda Bella yang pernah diadaptasi ke siri drama tempatan berjudul Manjalara? Paling tidak pun, bolehkah anda mengingati semula demam Yo Soy Betty, La Fea yang pernah melanda masyarakat dunia satu ketika dulu.
Ia satu fenomena yang dianggap cukup luar biasa hingga saluran TV, ABC yang berpengaruh di Amerika Syarikat sanggup mengadaptasi telenovela dari Columbia itu kepada siri yang digelar Ugly Betty.
Kedua-dua telenovela ini mengetengahkan jalan cerita yang sama iaitu gadis berbadan besar yang kurang cantik tetapi akhirnya menerusi tranformasi yang dilakukannya dia menjadi sebaliknya. Kedua-dua mereka juga akhirnya berjaya memiliki cinta dari lelaki kacak yang mereka impikan.
Terbaru, siri drama tempatan yang berkisar tentang seorang gadis gempal cantik yang bercita-cita menjadi hos terkenal iaitu Dottie bakal menemui anda di saluran Astro Ria pada 5 Julai ini.
Biarpun pernah ditolak untuk menjadi hos TV kerana saiz badannya, namun kecekalan dan keikhlasan Dottie akhirnya memberi peluang kepada Dottie untuk mencapai cita-citanya.
Bagaimana pula dengan percintaannya? Adakah dia juga turut mengalamai dilema yang sama seperti Valentina dalam Mi Gorda Bella dan Betty dalam Betty La Fea?
Semuanya akan terjawab dalam drama bersiri Dottie ini. Namun persoalan yang menarik, siapa sebenarnya pemegang watak Dottie ini?
Ramai yang tertanya-tanya, adakah dia pelakon yang sudah mempunyai nama atau sebaliknya. Mungkin anda sendiri dapat meneka siapa pelakon sebenar di sebalik wajah dan karektor Dottie. Ayuh, fikirkan..

Erm...agak2 siapa ye?? Thinking...



Tunggu Dan lihat

Rabu, Jun 09, 2010

Siapa Sebenarnya Si Watak Tembam Dottie?



KUALA LUMPUR, 9 JUN 2010: Masihkan anda semua ingat dengan telenovela popular dari Venezuela yang berjudul Mi Gorda Bella yang pernah diadaptasi ke siri drama tempatan berjudul Manjalara? Paling tidak pun, bolehkah anda mengingati semula demam Yo Soy Betty, La Fea yang pernah melanda masyarakat dunia satu ketika dulu.
Ia satu fenomena yang dianggap cukup luar biasa hingga saluran TV, ABC yang berpengaruh di Amerika Syarikat sanggup mengadaptasi telenovela dari Columbia itu kepada siri yang digelar Ugly Betty.
Kedua-dua telenovela ini mengetengahkan jalan cerita yang sama iaitu gadis berbadan besar yang kurang cantik tetapi akhirnya menerusi tranformasi yang dilakukannya dia menjadi sebaliknya. Kedua-dua mereka juga akhirnya berjaya memiliki cinta dari lelaki kacak yang mereka impikan.
Terbaru, siri drama tempatan yang berkisar tentang seorang gadis gempal cantik yang bercita-cita menjadi hos terkenal iaitu Dottie bakal menemui anda di saluran Astro Ria pada 5 Julai ini.
Biarpun pernah ditolak untuk menjadi hos TV kerana saiz badannya, namun kecekalan dan keikhlasan Dottie akhirnya memberi peluang kepada Dottie untuk mencapai cita-citanya.
Bagaimana pula dengan percintaannya? Adakah dia juga turut mengalamai dilema yang sama seperti Valentina dalam Mi Gorda Bella dan Betty dalam Betty La Fea?
Semuanya akan terjawab dalam drama bersiri Dottie ini. Namun persoalan yang menarik, siapa sebenarnya pemegang watak Dottie ini?
Ramai yang tertanya-tanya, adakah dia pelakon yang sudah mempunyai nama atau sebaliknya. Mungkin anda sendiri dapat meneka siapa pelakon sebenar di sebalik wajah dan karektor Dottie. Ayuh, fikirkan..

Erm...agak2 siapa ye?? Thinking...



Tunggu Dan lihat

Rabu, Jun 09, 2010

Selamat Pengantin Baru..

Cakpong..cakpong...

Selamat pengantin baru..semoga kekal ke anak cucu...

Aziz M Osman Nikah Kali Ke-4 Dengan Siapa?



Tersenyum sengih ye pengantin baru Aziz M.Osman..dengan pasangannya Puteri Lily atau nama sebenar Puteri Sarbainun Lokman.

Nak tahu kisahnya?? Jom kita baca..

Teks oleh Wartawan GengMurai

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2010 : Siapa tahu perkenalan dengan Puteri Lily Lokman, 21, sewaktu menjalani penggambaran drama, Lakar, pada Mei tahun lalu membawa kebahagian kepada pengarah filem terkenal Aziz M Osman. Ia dapat disaksikan sendiri apabila kedua-dua mereka telah diijab kabulkan di Masjid Negara, kira-kira10.10 pagi semalam.
Pada acara itu, Aziz, 48, hanya sekali lafaz ketika diakad oleh bapa pengantin perempuan, Lokman Ghani yang juga seorang pelakon serta pengarah drama dan teater sambil disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdullah Hashim.
Aziz berkata, dia berkenalan dengan Puteri Lily atau nama sebenar Puteri Sarbainun Lokman sewaktu wanita itu menemani pelakon kanak-kanak, Ain yang menjalani penggambaran drama, Lakar, sekitar Mei tahun lalu.
Hubungan cinta mereka menjadi serius sebulan selepas itu. Sejak perkenalan itu, Aziz mengajak isterinya berlakon menerusi drama Bong terbitan produksinya, Ace Motion Pictures Sdn Bhd.
"Pada mulanya selepas kami berkenalan, kami bertukar nombor telefon. Saya mengajaknya keluar makan dan bertemunya di pusat beli-belah yang pada ketika itu dia menjayakan sesi fotografi. Ketika saya ingin menghantar dia pulang, secara kebetulan anak saya, Puteri Nurul Fateha meminta mengambilnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar, Perak. Dia sudi menemani saya ke sana dan sepanjang perjalanan itu kami mula mengenali hati budi," katanya.
Pada majlis pernikahan itu yang dihadiri sama ibu Aziz, Afida Es, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran, termasuk al-Quran, set penjagaan diri, minyak wangi, telekung, sirih junjung dan cincin manakala dibalas sembilan dulang terdiri al-Quran, kek, tali pinggang, kemeja, coklat, baju Melayu dan samping, cincin serta buah-buahan. Aziz memberikan wang hantaran RM15,000 bersama mas kahwin, RM1,000.
Biarpun ini perkahwinan keempatnya tetapi pengarah terkenal menerusi filem XX-Ray dan Puteri Impian ini menganggap ia perkahwinan ketiga selepas perkahwinan sebelum ini menjadi satu kesilapan.
"Saya bukan semata-mata mencari isteri tetapi rakan yang baik untuk menemani saya. Perasaan cinta saya padanya hadir secara semula jadi dan jika ada rezeki, saya bersedia menimang cahaya mata," katanya.
Bagi Puteri Lily, dia juga kelihatan tenang ketika majlis pernikahan antara mereka selesai berlangsung. Dia meminati bidang lakonan sejak kecil berharap perkahwinan kali ini akan berkekaland an membawa bahagia pada mereka.
"Saya sendiri bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu segera pada anak suami saya sebelum ini. Saya yakin suami saya juga saling membantu membesarkan mereka," katanya.

 Erm..selamat sudah lah ye...apapun tahniah buat pasangan pengantin ni..semoga kekal lah hendaknya kali ni ..dapat anak ramai2...doa2kan lah untuk mreka..Amin...

Walau saya pun x kenal sangat tapi sebagai umat Islam harus mendoakan yang terbaik untuk sesama Umat Islam kan?...Semoga dirahmati Allah selalu..

Yang turut mendoakan

Rabu, Jun 09, 2010

Lagi2 artis kena pukul...

s


Hurm..banyak kes sekarang ni artis kena pukul, x kira lah ken apukul dengan peminat ke, madu ke, kawan2 ke..yang kali ni pulak kena pukul dengan adik kandung sendiri...bayangkanlah saudara sedarah sedaging..macam2 dunia sekarang..


Ifa Raziah Mahu Dakwa Adiknya Di Mahkamah

Teks oleh: Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 8 JUN 2010: "Tergamak dia pukul kepala saya dengan topi keledar sebanyak 2 kali. Tidak cukup dengan itu, dia juga menumbuk ke arah muka saya beberapa kali serat mengugut untuk menyimbah asid. Disebabkan perbuatannya yang kurang ajar itu, saya sudah buat keputusan untuk mendakwa dia di makhamah," kata penyanyi serta pelakon Ifa Raziah.
Penyanyi Ifa Raziah atau Sharipah Raziah Mustapha, 34, berkata demikian sebagai mengulas tindakan adik kandungnya itu yang telah berbuat demikian selepas dia bertanya ke mana perginya wang khairat sebanyak RM500 bagi menguruskan kematian ibunda mereka, Allahyarham ibunya, Maimunah Ahmad pada Khamis lalu.
Sebelum itu, Ifa telah mengeluarkan wang sendiri bagi menguruskan pengebumian Allahyarham ibunya tetapi sebaik saja dia dapat tahu bahawa ada wang khairat kematian sebanyak RM500, dia mula bertanya ke mana pergi wang tersebut. Tetapi, adiknya telah bertindak di luar dugaan apabila melakukan tindakan yang melampau tersebut. Sehubungan dengan itu, Ifa terus membuat laporan polis.
Ifa yang masih sedih dan kecewa dengan dengan tindakan adik kandunganya itu berkata, dia akan mendakwa adiknya itu di mahkamah sejurus selepas dia mendapat surat laporan daripada polis.
"Disebabkan terlalu sayangkan padanya saya terpaksa ambil tindakan yang sebegini. Hancur luluh hati saya bila mengenangkan semula perbuatannya itu. Saya harap tindakannya itu akan jadi pengajaran buat dia selepas ini. Supaya dia akan berfikir dan insaf dengan apa yang telah dilakukannya terhadap kakak kandungnya sendiri.
"Dengan adanya laporan polis, saya harap nyawa saya tidak akan diancam lagi oleh adik kandung sendiri. Sebab, selepas membuat pemeriksaan hospital, doktor beritahu ada sedikit pendarahan yang berlaku di kepala saya hasil daripada pukulannya itu," katanya.
Ifa bagaimanapun enggan mengulas tentang isu tersebut dengan lebih lanjut kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa terutamanya di kalangan ahli ahli keluarganya sendir.
"Saya tak mahu cakap lebih-lebih tentang isu . Kita tunggu sahajalah keputusan makhamah. Saya yakin arwah ibu dan Tuhan tahu segalanya apa tentang saya lakukan ini.
"Apa yang boleh saya katakan, buat masa sekarang ini, saya memang betul-betul terluka dengan tindakan adik saya. Kalau pun selepas ini tiada lagi hubungan persaudaraan di antara kami berdua pun, tidak apalah.
"Sebab, tiada maknanya lagi untuk saya mengaku dia sebagai adik jika inilah balasan yang dia berikan kepada saya setelah apa yang saya lakukan termasuklah berkorban banyak untuk keluarga, " kata Ifa lagi.
Ditanya mungkinkah anda ruang untuk dia memaafkan adik kandungna itu, Ifa berkata, biarlah masa saja yang menentukannya.
"Apa yang penting ialah dia bukan saja perlu minat maaf pada saya tetapi juga pada arwah ibu setelah apa yang dilakukannya," kata Ifa yang masih marahd an kesal dengan perbuatan adiknya itu.
Ifa yang bersyukur kerana berpeluang menjaga arwah bondanya sejak 16 tahun lalu sehingga bondanya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Jun lalu itu mengakui cukup hampa dengan perbuatan adiknya yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh.
"Saya bukan mahu mengungkit . Tapi, selepas kematian bapa , saya sebagai anak sulung terpaksa bertindak sebagai sebagai ketua keluarga dan tiada apa yang saya pinta kecuali dihargai serta disayangi", kata Ifa yang akan mengadakan kenduri arwah bondanya untuk hari ke-7 di Destiny Hotel, Jalan Ipoh selepas Maghrib pada hari ini.
Dia juga bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan puasa ini.
"Insya Allah, jika ada rezeki dan peluang, saya akan menunaikan umrah pada bulan puasa ini sekaligus menunaikan umrah buat arwah ibu saya yang sudah lama mengimpikan untuk ke sana.
"Dan jika diberi rezeki yang lebih murah, saya akan menunaikan fardhu haji. Selepas itu, barulah saya akan kabulkan niat arwah ibu untuk menunaikan haji buat dirinya pula. Sebelum ini, memang , saya pernah ajak ibu saya untuk sama menunaikan haji, tapi arwah tak mampu kerana sakit tua dan berkerusi roda," katanya.


Macam2 zaman sekarang..kerana duit macam2 boleh terjadi..kesian Ifa..


Sekadar berdoa agar Ifa Cepat sembuh

Rabu, Jun 09, 2010

Nikki Hamil Bayi Lelaki Hampir 5 Bulan

 

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 8 JUNE 2010: Agak terkejut juga pemilik nama Nikki Palikat,25, bila mengethaui salah seorang wakil media yang hadir ketika sidang media Shout! The Mod Musical, di sini semalam sudah dapat mengesan dirinya sudah pun berbadan dua.
Tanpa berahsia lagi, Nikki atau nama penuhnya, Nicolette Louisa Palikat telah berkongsi serba sedikit rahsia kehamilannya yang kini sudah memasuki usia hampir 5 bulan.
"Ya saya sekarang sedang mengandungkan bayi lelaki. Syukur, walaupun saya dan suami tidak pernah menjangkakan untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat, tetapi kehadiran bayi ini adalah permata paling berharga dalam perkahwinan kami," katanya yang mula menyedari dirinya hamil selepas Tahun Baru Cina yang lalu.
Nikki berkata, berbanding dengan dirinya, suaminya Audi Mok nyata lebih berhati-hati selepas mengetahui dirinya hamil, malah kalau boleh dia mahu isterinya itu mengamalkan pelbagai pantang larang sepanjang tempoh ini.
Tambah Nikki, selain mengamalkan pantang larang masyarakat Cina seperti mengelak daripada memakan nenas dia juga selalu mempraktikkan pelbagai pantang larang adat keturunan Kadazan yang menjadi keutamaannya.
Katanya, meskipun Audi terasa agak terkilan dengan jantina bayi yang bakal dilahirkan nanti, namun mereka berdua percaya, apa pun yang telah ditetapkan oleh Tuhan ke muka bumi itu nanti adalah anugerah tidak ternilai buat mereka berdua.
"Tulah, kalau boleh suami saya mahukan anak perempuan. Katanya senang dijaga dan senang dibelai manja. Saya pula tak kisah, sama anak perempuan atau lelaki, asalkan dia lahir dengan sihat sempurna," katanya.
Nikki telah menamatkan zaman bujangnya bersama komposer popular berkenaan pada 27 Jun tahun lalu di Petaling Jaya.
Sementara itu, Nikki berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah untuk memegang watak sebagai The Yellow Girl menerusi pementasan muzikal dari Broadway, Shout! The Mod Musical yang akan dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KL Pac) bermula 17 hingga 21 Julai ini.
Meskipun pementasan muzikal berkenaan menuntut dirinya untuk banyak bergerak bersama tarian dan nyanyian yang disampaikan, tapi itu bukan bermakna dia perlu menyerahkan diri sebelum berjuang
"Walaupun hamil, saya suka bergerak aktif. Saya perlu menerima peranan ini dengan rasa tanggungjawab dan profesional. Bukan bermaksud bila saya mengandung, saya perlu mendapat layanan berbeza daripada pelakon dan tenaga produksi yang lain.
"Tambahan pula, daripada nasihat doktor saya sendiri, dia juga menggalakkan saya untuk banyak bergerak dan bersenam supaya mengaktifkan pertumbuhan bayi di dalam perut saya ini," katanya.
Shout! The Mod Musical yang dibawakan oleh Broadway Academy (M) sdn Bhd dan diarahkan oleh Michael Voon itu turut dibintangi Ratu Soul, Ning Baizura dan pelakon senior dalam dunia pementasan teater Joanna Bessey.
Bercerita mengenai pengalamannya bekerjasa bersama Ning dalam satu produksi pementasan teater muzikal, Nikki berasa amat bertuah apabila buat pertama kalinya masing-masing dipertemukan sebagai pelakon dalam satu pementasan.
"Sama juga seperti dulu, saya masih menghormati Ning sebagai individu yang lebih tua daripada saya. Kalau dulu perasaan takut itu ada, kerana dia merupakan mentor dan guru saya, tapi sekarang kami lebih santai serta mudah bekerja. Tiada tekanan," katanya yang nyata gembira dengan gandingan itu.

Petikan dari murai.com.my



Isnin, Jun 07, 2010

Cepat Masa Berlalu..

Pejam celik pejam celik dah usia setahun sebulan adik. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru lahirkan je..masih terasa saat2 melahirkan dan saat2 mengulit tubuh adik yang mungil dan comel. Sekarang adik dah mula bertatih..banyak perkataan yang boleh dituturkan walaupun hanya belakang je bunyinya...hahahaha. sungguh comel dan kelakar tapi bagi aku..ianya satu anugerah melihat anak membesar depan mata dan melihat perkembangan dari hari ke hari.

Kini si comel naufal dah pandai mengajuk bunyi binatang, kenderaan, dan suara. Perkataan mula2 yang dituturkan air...nak..nenen. Bunyi lembu, kucing dan suara gimik..hehehe. Dan sekarang perkataan `nah` dengan nak selalu diucapkan. Rasa gembira dengar anak sendiri boleh bertutur. Gigi pun dah mula tumbuh banyak..geraham atas bawah..penangan nak tumbuh geraham ni..dekat 2 minggu demam x kebah2..batuk selsema jangan dok katalah...memang mencabar. Bukan takat adik je..yang abang pun kena sekali. Jenuh juga beli ubat..tapi sekarang dah ok...alhamdulillah. syukur..

Pic terbaru adik ..masa ni bukan main susah nak pakaikan..Hahahhaa..pantang..

peace!!!!!