Rabu, Jun 09, 2010

Lagi2 artis kena pukul...

s


Hurm..banyak kes sekarang ni artis kena pukul, x kira lah ken apukul dengan peminat ke, madu ke, kawan2 ke..yang kali ni pulak kena pukul dengan adik kandung sendiri...bayangkanlah saudara sedarah sedaging..macam2 dunia sekarang..


Ifa Raziah Mahu Dakwa Adiknya Di Mahkamah

Teks oleh: Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 8 JUN 2010: "Tergamak dia pukul kepala saya dengan topi keledar sebanyak 2 kali. Tidak cukup dengan itu, dia juga menumbuk ke arah muka saya beberapa kali serat mengugut untuk menyimbah asid. Disebabkan perbuatannya yang kurang ajar itu, saya sudah buat keputusan untuk mendakwa dia di makhamah," kata penyanyi serta pelakon Ifa Raziah.
Penyanyi Ifa Raziah atau Sharipah Raziah Mustapha, 34, berkata demikian sebagai mengulas tindakan adik kandungnya itu yang telah berbuat demikian selepas dia bertanya ke mana perginya wang khairat sebanyak RM500 bagi menguruskan kematian ibunda mereka, Allahyarham ibunya, Maimunah Ahmad pada Khamis lalu.
Sebelum itu, Ifa telah mengeluarkan wang sendiri bagi menguruskan pengebumian Allahyarham ibunya tetapi sebaik saja dia dapat tahu bahawa ada wang khairat kematian sebanyak RM500, dia mula bertanya ke mana pergi wang tersebut. Tetapi, adiknya telah bertindak di luar dugaan apabila melakukan tindakan yang melampau tersebut. Sehubungan dengan itu, Ifa terus membuat laporan polis.
Ifa yang masih sedih dan kecewa dengan dengan tindakan adik kandunganya itu berkata, dia akan mendakwa adiknya itu di mahkamah sejurus selepas dia mendapat surat laporan daripada polis.
"Disebabkan terlalu sayangkan padanya saya terpaksa ambil tindakan yang sebegini. Hancur luluh hati saya bila mengenangkan semula perbuatannya itu. Saya harap tindakannya itu akan jadi pengajaran buat dia selepas ini. Supaya dia akan berfikir dan insaf dengan apa yang telah dilakukannya terhadap kakak kandungnya sendiri.
"Dengan adanya laporan polis, saya harap nyawa saya tidak akan diancam lagi oleh adik kandung sendiri. Sebab, selepas membuat pemeriksaan hospital, doktor beritahu ada sedikit pendarahan yang berlaku di kepala saya hasil daripada pukulannya itu," katanya.
Ifa bagaimanapun enggan mengulas tentang isu tersebut dengan lebih lanjut kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa terutamanya di kalangan ahli ahli keluarganya sendir.
"Saya tak mahu cakap lebih-lebih tentang isu . Kita tunggu sahajalah keputusan makhamah. Saya yakin arwah ibu dan Tuhan tahu segalanya apa tentang saya lakukan ini.
"Apa yang boleh saya katakan, buat masa sekarang ini, saya memang betul-betul terluka dengan tindakan adik saya. Kalau pun selepas ini tiada lagi hubungan persaudaraan di antara kami berdua pun, tidak apalah.
"Sebab, tiada maknanya lagi untuk saya mengaku dia sebagai adik jika inilah balasan yang dia berikan kepada saya setelah apa yang saya lakukan termasuklah berkorban banyak untuk keluarga, " kata Ifa lagi.
Ditanya mungkinkah anda ruang untuk dia memaafkan adik kandungna itu, Ifa berkata, biarlah masa saja yang menentukannya.
"Apa yang penting ialah dia bukan saja perlu minat maaf pada saya tetapi juga pada arwah ibu setelah apa yang dilakukannya," kata Ifa yang masih marahd an kesal dengan perbuatan adiknya itu.
Ifa yang bersyukur kerana berpeluang menjaga arwah bondanya sejak 16 tahun lalu sehingga bondanya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Jun lalu itu mengakui cukup hampa dengan perbuatan adiknya yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh.
"Saya bukan mahu mengungkit . Tapi, selepas kematian bapa , saya sebagai anak sulung terpaksa bertindak sebagai sebagai ketua keluarga dan tiada apa yang saya pinta kecuali dihargai serta disayangi", kata Ifa yang akan mengadakan kenduri arwah bondanya untuk hari ke-7 di Destiny Hotel, Jalan Ipoh selepas Maghrib pada hari ini.
Dia juga bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan puasa ini.
"Insya Allah, jika ada rezeki dan peluang, saya akan menunaikan umrah pada bulan puasa ini sekaligus menunaikan umrah buat arwah ibu saya yang sudah lama mengimpikan untuk ke sana.
"Dan jika diberi rezeki yang lebih murah, saya akan menunaikan fardhu haji. Selepas itu, barulah saya akan kabulkan niat arwah ibu untuk menunaikan haji buat dirinya pula. Sebelum ini, memang , saya pernah ajak ibu saya untuk sama menunaikan haji, tapi arwah tak mampu kerana sakit tua dan berkerusi roda," katanya.


Macam2 zaman sekarang..kerana duit macam2 boleh terjadi..kesian Ifa..


Sekadar berdoa agar Ifa Cepat sembuh

0 comments: