Rabu, Jun 09, 2010

Selamat Pengantin Baru..

Cakpong..cakpong...

Selamat pengantin baru..semoga kekal ke anak cucu...

Aziz M Osman Nikah Kali Ke-4 Dengan Siapa?



Tersenyum sengih ye pengantin baru Aziz M.Osman..dengan pasangannya Puteri Lily atau nama sebenar Puteri Sarbainun Lokman.

Nak tahu kisahnya?? Jom kita baca..

Teks oleh Wartawan GengMurai

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2010 : Siapa tahu perkenalan dengan Puteri Lily Lokman, 21, sewaktu menjalani penggambaran drama, Lakar, pada Mei tahun lalu membawa kebahagian kepada pengarah filem terkenal Aziz M Osman. Ia dapat disaksikan sendiri apabila kedua-dua mereka telah diijab kabulkan di Masjid Negara, kira-kira10.10 pagi semalam.
Pada acara itu, Aziz, 48, hanya sekali lafaz ketika diakad oleh bapa pengantin perempuan, Lokman Ghani yang juga seorang pelakon serta pengarah drama dan teater sambil disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdullah Hashim.
Aziz berkata, dia berkenalan dengan Puteri Lily atau nama sebenar Puteri Sarbainun Lokman sewaktu wanita itu menemani pelakon kanak-kanak, Ain yang menjalani penggambaran drama, Lakar, sekitar Mei tahun lalu.
Hubungan cinta mereka menjadi serius sebulan selepas itu. Sejak perkenalan itu, Aziz mengajak isterinya berlakon menerusi drama Bong terbitan produksinya, Ace Motion Pictures Sdn Bhd.
"Pada mulanya selepas kami berkenalan, kami bertukar nombor telefon. Saya mengajaknya keluar makan dan bertemunya di pusat beli-belah yang pada ketika itu dia menjayakan sesi fotografi. Ketika saya ingin menghantar dia pulang, secara kebetulan anak saya, Puteri Nurul Fateha meminta mengambilnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar, Perak. Dia sudi menemani saya ke sana dan sepanjang perjalanan itu kami mula mengenali hati budi," katanya.
Pada majlis pernikahan itu yang dihadiri sama ibu Aziz, Afida Es, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran, termasuk al-Quran, set penjagaan diri, minyak wangi, telekung, sirih junjung dan cincin manakala dibalas sembilan dulang terdiri al-Quran, kek, tali pinggang, kemeja, coklat, baju Melayu dan samping, cincin serta buah-buahan. Aziz memberikan wang hantaran RM15,000 bersama mas kahwin, RM1,000.
Biarpun ini perkahwinan keempatnya tetapi pengarah terkenal menerusi filem XX-Ray dan Puteri Impian ini menganggap ia perkahwinan ketiga selepas perkahwinan sebelum ini menjadi satu kesilapan.
"Saya bukan semata-mata mencari isteri tetapi rakan yang baik untuk menemani saya. Perasaan cinta saya padanya hadir secara semula jadi dan jika ada rezeki, saya bersedia menimang cahaya mata," katanya.
Bagi Puteri Lily, dia juga kelihatan tenang ketika majlis pernikahan antara mereka selesai berlangsung. Dia meminati bidang lakonan sejak kecil berharap perkahwinan kali ini akan berkekaland an membawa bahagia pada mereka.
"Saya sendiri bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu segera pada anak suami saya sebelum ini. Saya yakin suami saya juga saling membantu membesarkan mereka," katanya.

 Erm..selamat sudah lah ye...apapun tahniah buat pasangan pengantin ni..semoga kekal lah hendaknya kali ni ..dapat anak ramai2...doa2kan lah untuk mreka..Amin...

Walau saya pun x kenal sangat tapi sebagai umat Islam harus mendoakan yang terbaik untuk sesama Umat Islam kan?...Semoga dirahmati Allah selalu..

Yang turut mendoakan

0 comments: