Rabu, Jun 09, 2010

Siapa Sebenarnya Si Watak Tembam Dottie?



KUALA LUMPUR, 9 JUN 2010: Masihkan anda semua ingat dengan telenovela popular dari Venezuela yang berjudul Mi Gorda Bella yang pernah diadaptasi ke siri drama tempatan berjudul Manjalara? Paling tidak pun, bolehkah anda mengingati semula demam Yo Soy Betty, La Fea yang pernah melanda masyarakat dunia satu ketika dulu.
Ia satu fenomena yang dianggap cukup luar biasa hingga saluran TV, ABC yang berpengaruh di Amerika Syarikat sanggup mengadaptasi telenovela dari Columbia itu kepada siri yang digelar Ugly Betty.
Kedua-dua telenovela ini mengetengahkan jalan cerita yang sama iaitu gadis berbadan besar yang kurang cantik tetapi akhirnya menerusi tranformasi yang dilakukannya dia menjadi sebaliknya. Kedua-dua mereka juga akhirnya berjaya memiliki cinta dari lelaki kacak yang mereka impikan.
Terbaru, siri drama tempatan yang berkisar tentang seorang gadis gempal cantik yang bercita-cita menjadi hos terkenal iaitu Dottie bakal menemui anda di saluran Astro Ria pada 5 Julai ini.
Biarpun pernah ditolak untuk menjadi hos TV kerana saiz badannya, namun kecekalan dan keikhlasan Dottie akhirnya memberi peluang kepada Dottie untuk mencapai cita-citanya.
Bagaimana pula dengan percintaannya? Adakah dia juga turut mengalamai dilema yang sama seperti Valentina dalam Mi Gorda Bella dan Betty dalam Betty La Fea?
Semuanya akan terjawab dalam drama bersiri Dottie ini. Namun persoalan yang menarik, siapa sebenarnya pemegang watak Dottie ini?
Ramai yang tertanya-tanya, adakah dia pelakon yang sudah mempunyai nama atau sebaliknya. Mungkin anda sendiri dapat meneka siapa pelakon sebenar di sebalik wajah dan karektor Dottie. Ayuh, fikirkan..

Erm...agak2 siapa ye?? Thinking...



Tunggu Dan lihat

0 comments: