Sabtu, Disember 31, 2011

Fruit Tart Dan LAin2 Tempahan

Tempahan yang dibuat sepanjang tahun 2011...fruit tart , custart tard, eggtart, kek dan lain2..


Egg Tart


Coklat cupcake
oreo coklat 



red velvet kek
almond choc

tat buah

Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan 26.12.2011

Tempahan 45 biji chesetart pelbagai filing oleh Mr Farid lagi..Tq again ..



Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan 22.12.2011

Kalau ikutkan..pada entry kali ni..mmg nmpk pelik kan...sebab tarikh dah lepas..nak buat macam mana..kebz`an xdan nak upload..dah esok nak masuk tahun baru..kenalah buat tirai penutup tahun 2011. Jadinya ditulis dengan tarikh tempahan sekali.

Kali ni 50 chesetart filing pelbagai  dan 25 red velvet cupcake ditempah oleh mR. Farid , teman satu sekolah. Pelanggan setia saya :). Tq ye en Farid setia mengorder dengan saya walaupun kdg2 ada yang x sempat nak buat kerana ada hal yang tak dapat dielakkan . :)


Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan 50biji chesetart Dan 50biji Apam polkadot

Kebanyakan tempahan yang telah saya upload adalah tempahan yang telah dibuat sebelum tarikh ini..disebabkan kebzan sangat..x sempat nak upload semua..jadinya saya upload sekaligus tanpa letak tarikh ye...ada yg ingat ada yang x ingat...

Tempahan kali ini seingat saya ditempah oleh Pensyarah UUM pada 30.11.2011. Beliau menempah 50 biji chesetart pelbagai filing dan juga apam polkadot 50 biji pelbagai filing juga..


Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan Apam Polkadot 50 biji

Tempahan apam polkadot dari Adik Mimi yang bekerja di Dr Rozmey Herba Prime..di Jitra..Beliau menempah 50 biji apam polkadot buat makan2...harap Mimi suka ye...Tq..

Sabtu, Disember 31, 2011

Pembikinan Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum semua... Sebenarnya dah lama buat red velvet cupcake ni..tapi di sebabkan kesibukan dengan tempahan..x sempat nak upload dan update blog...jadinya saya upload yang telah saya buat dan ambil tempahan :) Boleh layanssss mata ye dengan red velvet yang amat sedap dan menarik hati :)




Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan 135 chesetart dan Apam Polkadot 50biji

Tempahan Sir Farid :) pelanggan setia ... 135 biji chesetart dan apam polkadot 50 biji pelbagai filing...

Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan 100 biji Chesetart

Encik Farid menempah 100 biji chesetart pelbagai filing :)> Beliau merupakan pelanggan setia saya... Tq Encik Farid.

Sabtu, Disember 31, 2011

Tempahan Chesetart Dan Tat Portugese

Tempahan oleh Pensyarah UUM...60biji chesetart pelbagai filing dan 20 tat portugese..tq Sir..




Sabtu, Disember 31, 2011

Apam Merekah Vs Apam Polkadot

Sepertimana yang saya tahu...pelbagai apam divariasikan dengan teknik dan juga design untuk menampakkan lagi keunikan dan kecantikan apam itu. Dan di sini 1 lagi apam dicipta dengan ciri-ciri yang menarik dan juga sama naik dengan apam polakdot. apam yang saya maksudkan ialah apam merekah.@ mekar . Resepi lebih kurang sama dengan resepi apam polkadot cuma ada tambahan skit...

Resepi apam merekah @ mekar ialah:


APAM MEKAR

bahan-bahannya:
230gm gula castor
2biji telur suhu bilik
1 sudu teh ovelette
satu sudu besar esen vanilla
250gm tepung gandum
1 cawan ais krim soda (air gas)

cara-cara:
1.pukul telur, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan esen vanilla. 
2.pukul sampai adunan jadi warna putih dan berkrim. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit selang seli dengan ais krim soda.
3.bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna
4.Setelah itu kukus selama 7-10 minit.

Selamat mencuba :)

Sabtu, Disember 24, 2011

Majlis Pernikahan Yusri Dan Lisa Suriyani

Akhirnya teka teki tentang desas-desus pernikahan di antara Yusry KRU dan Lisa Surihani sudah pun terjawap pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Bertempat di Marriot Putrajaya Resort & Spa, Yusry mengumumkan yang majlis pernikahannya dengan Lisa Surihani akan berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).



















Semoga persiapan untuk majlis pernikahan mereka berdua akan berjalan dengan lancar. Kepada Lisa dan Yusry, jutaan tahniah atas berita ini.

Sabtu, Disember 24, 2011

Assalamualaikum kawan2..atas permintaan kawan2 dengan sukacitanye saya nak berkongsi resepi Japanese Cheese Cake...Sumber asal dari blog Puan Aida..
jom kita lihat bahan2 nak buat kek ni ye..
JAPANESE CHEESE CAKE
Bahan2: 5 keping chedder cheese
200 ml susu tepung Nespray
5 biji telur gred C
70 g tepung Blue Key
70 g butter
70 g gula kastor
Cara2 nye:
1. Koyakkan cheese kecil2 dan masukkan dalam 200ml susu, masak atas api perlahan hingga larut (kacau selalu). Bila cheese dah larut, masukkan butter dan tutup api..ketepikan.
2. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan gula hingga kembang dan ketepikan. Kemudian pukul telur kuning pula hingga kembang, bila dah kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi, kaub balikkan adunan hingga sebati.
4. Sapu loyang dengan butter dan tuangkan adunan dalam loyang. 5. Panaskan oven pada suhu 170C selama 20 moinit, kemudian masukkan loyang dan bakar secara steam bath pada suhu 140C selama 40 minit.

Selamat Mencuba...

Sabtu, Disember 24, 2011

Resepi Apam Polkadot

Banyak yang tanya macam mana nk buat apam polkadot..dot..dot..apam polkadot memang cantik dan cumel2 kan?? tapi nak buat bagi cantik2 n cumel2 tu bukan senang..rumit juga. Yang rumitnya bukan apa..nak main2 dengan warna2 dan juga banyak bekas yang diperlukan. Tapi disebabkan warnanya yang menarik..memang ramai sukakannya..tambahan pula memang sedap.

Di bawah ni resepi apam polkadot...sape nak cuba bolehla :)












apam polkadots..

275gram tepung gandum
220gram gula halus
3 biji telur
2 sudu besar ovalette
150ml susu cair/segar
1 sudu besar esen vanila
pewarna filing(bluberi,strawberi,kiwi,coklat dll)
cara-cara:
1. masukkan semua bahan kecuali filing dan pewarna ke dalam mangkuk/mixing bowl.
2. putar dengan kelajuan sederhana sampai semuanya sebati.
3. bahagikan kepada 2 bekas. Ikut bilangan pewarna yang anda suka. Kalau 3, buatla 3 bekas ye. Dan masukkan pewarna kesukaan anda. Gaulkan sampai semuanya sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam piping beg atau beg pastik. Dan paipkan adunan dalam kuantiti 1/2 ke dalam acuan kertas yang telah disediakan terlebih dahulu. Masukkan filing kesukaan anda. Dan masukkan adunan hingga menutupi filing tersebut tetapi jangan terlalu penuh, nanti kukus terkeluar dari acuan tak cantik pula. :)
5.Bila dah penuh dalam sukatan 3/4 acuan kertas tersebut, buatkan dot dot atau titik2 kecil atas permukaan adunan apam tersebut untuk jadikan ia dot..dot.
6.Bila dah siap boleh kukus dengan api yang sederhana selama 10-12 minit. dah siap. selamat mencuba :)

p/s: cucuk dengan lidi atau sebarang alat yang tajam seperti pencungkil gigi ke dalam apam untuk pastikan apam polkadot dah masak. kalau bersih dan x melekat, tu tandanya dah masak. :)


sekadar berkongsi

Jumaat, Disember 23, 2011

Wang kertas rm20 dikeluarkan 2012

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Pengenalan semula wang rm20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan. Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.





p/s: rindu pada wang kertas rm20 yang lama dulu...dengan adanya wang kertas rm20 baru ni mudah la skit kan..sayang nk guna rm50 yang besar jumlahnya tu..bagi saya le...hehhee..

Khamis, Disember 22, 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..

Biar mimpi sampai ke bintang di lakonkan oleh Elfira Loy 17 , dan Randy Pangalila 20 tahun , Sebuah telemovie baru arahan Michael Ang menggandingkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Bagi aku filem ni memang best...rasanya semua yang tengok sependapat dengan aku.

Tak kira golongan remaja atau dewasa. tangkap cintan beb!! yang mana x jatuh cinta tu kompem jatuh cinta punya ..lain kalau xder hati atau hati kering...huhuhu Gandingan dua pelakon ni memang mantap..memang hebat. Dua2 pun tengah top sekarang di negara masing2. Dua2 pun memang handsome dan cun sgt; Agaknya lepas habis fi
lem ni mesti diorg jadi kawan kan?? ntah2 jadi kapel pe..hehehe..manatau kan???

Mesti ramai lagi yang tak tahu tentang diaorang kan?? Aku pun baru tahu je..heheheh ..bawah ni biodata diaorang..

Biodata Randy Pangalila



NAMA PENUH: Randy Dionysius Pangalila UMUR: 20 tahun
TARIKH LAHIR: 19 Oktober 1990 DRAMA: Alisha, Gue Banget, Cinta Kirana, Cinta Melody, Nada Cinta, I Love You, Cinta Fitri, Cinta Piano FILEM: Oh Baby, Kutukan Suster Ngesot, Saya Cinta, Bajingan, Pasangan Romantis, Tiga Cinta.








Biodata Elfira Loy


NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
UMUR: 17 tahun TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994 ASAL: Kuala Lumpur KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades p/s: agak2nya boleh ke bermimpi macam dalam filem ni biarpun umur dah dekat separuh abad? huhuhu

Rabu, Disember 21, 2011

Resepi muffin pandan..

Harini..aku teringin nak buat muffin...muffin lagi..huhuhu..kali ni muffin pandan..nak tahu resepinya?? aku ambil dari laman sesawang juga..aku dah lupa kat mana..minta izin pada mana2 sumber yang saya ambil ye..tapi mmg sedap..nanti kalau dah snap gambar aku updatekan di sini ok..




Muffin Pandan Kukus
Bahan A:
2 cawan susu cair (susu segar pun boleh)
1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair (boleh guna minyak masak).
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit

p/s :
Untuk dapatkan muffin yang pecah 4 atau merekah, kukus dengan api yang besar dan jarkkan muffin antara satu sama lain supaya semua masak dengan elok dan cantik.


Sekadar berkongsi :)

Rabu, Disember 21, 2011

Petua Dapatkan Bayi Lelaki Atau Perempuan??

Ehem2..entry kali ni tentang petua nak dapatkan bayi boy or girl..mesti ada yang dah baca kan entry sebelum ni d blog aku..tapi yang ni lain skit...

Mungkin ramai yang masih lagi mencuba untuk dapatkan anak yang diinginkan ..samada lelaki atau perempuan...bagi yang dah ada anak perempuan mesti nak anak lelaki pula kan?? begitu juga sebaliknya..jadi harap2 petua atau tips kali ni..menjadi..insyaAllah..

Para ibu dan juga bapa..bolehlah mencuba..buat kajian(boleh dikira ke)..iskk..apala yang aku melalut ni..ada ke pulak nk buat kajian...heheheh..xpe yang penting kita dah mencuba kan??

Di bawah ni petua yang aku dapat dari blog   Intanberlian

Intan minta izin ye..:) Nak kongsi petua@ilmu dengan bloggers yang lain.

                                                  kiut x baby ni?? geramm kan...

sepertimana yang ditulis dalam blog Intan...


Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article : 
Para isteri mahupun para suami sekalian..bolehlah membuat pengiraan dari tarikh  isteri datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-


 
bukan yang ini ye...gambar hanyalah hiasan semata2..huhuhuhu..



KALENDAR KESUBURAN BULANAN 
( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Berdasarkan kalendar di atas, Puan-puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid puan-puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.
Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period terakhir.
 
credit to : Intan

Jadi..dah tahu kan?? Cubalah...
P/S: Kita hanyalah merancang dan berusaha...Allah yang tentukan segalanya :) Sebagai hambanya...kita jangan berputus asa :)