Ahad, September 11, 2011

Pancake Stoberi

saja suka2...masuk dapur tgk bahan2 yg ada..cukup untuk buat pancake kat anak2..ada filing stoberi n bluebryy..ada stoberi sos yg beli di Cameron Highland aritu..ape lg..terus je buat..kejap je dh siap..blhla mkn dgn anak2 sekali ngadap..

tada..ni dia pancake stoberi ..





nak tau resepi dia?? hhehehe..ni dia ye..

Bahan-bahan ( 10 biji-mini size )

  • * 1 biji telur
  • * 4 sudu besar gula kastor
  • * 1 sudu besar minyak jagung
  • * 150ml susu segar
  • * sedikit esen vanila
  • * 150gm tepung gandum
  • * 1.5 sudu kecil baking powder
  • utk susu tu boleh ganti dgn susu cair dan minyak pulak guna minyak masak biasa pun OK. Adunan ni mmg likat

Cara-cara

  1. Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
  2. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Panaskan non-stick fry pan. Pan biasa pun ok...Saya guna pan biasa je..
  5. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak. 
Selamat Mencuba...