Sabtu, Disember 31, 2011

Apam Merekah Vs Apam Polkadot

Sepertimana yang saya tahu...pelbagai apam divariasikan dengan teknik dan juga design untuk menampakkan lagi keunikan dan kecantikan apam itu. Dan di sini 1 lagi apam dicipta dengan ciri-ciri yang menarik dan juga sama naik dengan apam polakdot. apam yang saya maksudkan ialah apam merekah.@ mekar . Resepi lebih kurang sama dengan resepi apam polkadot cuma ada tambahan skit...

Resepi apam merekah @ mekar ialah:


APAM MEKAR

bahan-bahannya:
230gm gula castor
2biji telur suhu bilik
1 sudu teh ovelette
satu sudu besar esen vanilla
250gm tepung gandum
1 cawan ais krim soda (air gas)

cara-cara:
1.pukul telur, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan esen vanilla. 
2.pukul sampai adunan jadi warna putih dan berkrim. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit selang seli dengan ais krim soda.
3.bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna
4.Setelah itu kukus selama 7-10 minit.

Selamat mencuba :)

0 comments: