Sabtu, Disember 24, 2011

Assalamualaikum kawan2..atas permintaan kawan2 dengan sukacitanye saya nak berkongsi resepi Japanese Cheese Cake...Sumber asal dari blog Puan Aida..
jom kita lihat bahan2 nak buat kek ni ye..
JAPANESE CHEESE CAKE
Bahan2: 5 keping chedder cheese
200 ml susu tepung Nespray
5 biji telur gred C
70 g tepung Blue Key
70 g butter
70 g gula kastor
Cara2 nye:
1. Koyakkan cheese kecil2 dan masukkan dalam 200ml susu, masak atas api perlahan hingga larut (kacau selalu). Bila cheese dah larut, masukkan butter dan tutup api..ketepikan.
2. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan gula hingga kembang dan ketepikan. Kemudian pukul telur kuning pula hingga kembang, bila dah kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi, kaub balikkan adunan hingga sebati.
4. Sapu loyang dengan butter dan tuangkan adunan dalam loyang. 5. Panaskan oven pada suhu 170C selama 20 moinit, kemudian masukkan loyang dan bakar secara steam bath pada suhu 140C selama 40 minit.

Selamat Mencuba...

0 comments: