Sabtu, Disember 24, 2011

Resepi Apam Polkadot

Banyak yang tanya macam mana nk buat apam polkadot..dot..dot..apam polkadot memang cantik dan cumel2 kan?? tapi nak buat bagi cantik2 n cumel2 tu bukan senang..rumit juga. Yang rumitnya bukan apa..nak main2 dengan warna2 dan juga banyak bekas yang diperlukan. Tapi disebabkan warnanya yang menarik..memang ramai sukakannya..tambahan pula memang sedap.

Di bawah ni resepi apam polkadot...sape nak cuba bolehla :)












apam polkadots..

275gram tepung gandum
220gram gula halus
3 biji telur
2 sudu besar ovalette
150ml susu cair/segar
1 sudu besar esen vanila
pewarna filing(bluberi,strawberi,kiwi,coklat dll)
cara-cara:
1. masukkan semua bahan kecuali filing dan pewarna ke dalam mangkuk/mixing bowl.
2. putar dengan kelajuan sederhana sampai semuanya sebati.
3. bahagikan kepada 2 bekas. Ikut bilangan pewarna yang anda suka. Kalau 3, buatla 3 bekas ye. Dan masukkan pewarna kesukaan anda. Gaulkan sampai semuanya sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam piping beg atau beg pastik. Dan paipkan adunan dalam kuantiti 1/2 ke dalam acuan kertas yang telah disediakan terlebih dahulu. Masukkan filing kesukaan anda. Dan masukkan adunan hingga menutupi filing tersebut tetapi jangan terlalu penuh, nanti kukus terkeluar dari acuan tak cantik pula. :)
5.Bila dah penuh dalam sukatan 3/4 acuan kertas tersebut, buatkan dot dot atau titik2 kecil atas permukaan adunan apam tersebut untuk jadikan ia dot..dot.
6.Bila dah siap boleh kukus dengan api yang sederhana selama 10-12 minit. dah siap. selamat mencuba :)

p/s: cucuk dengan lidi atau sebarang alat yang tajam seperti pencungkil gigi ke dalam apam untuk pastikan apam polkadot dah masak. kalau bersih dan x melekat, tu tandanya dah masak. :)


sekadar berkongsi

0 comments: