Jumaat, Disember 23, 2011

Wang kertas rm20 dikeluarkan 2012

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Pengenalan semula wang rm20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan. Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.





p/s: rindu pada wang kertas rm20 yang lama dulu...dengan adanya wang kertas rm20 baru ni mudah la skit kan..sayang nk guna rm50 yang besar jumlahnya tu..bagi saya le...hehhee..

0 comments: