Rabu, Januari 04, 2012

Kek Strawberi Sempena PMR

Semalam buat kek starwberi untuk abang sempena dapat 8a dalam PMR. Simple je tetapi menarik :). Dihiasi dengan buah strawberi dan manik2 gula warna-warni. Cantik abang dan adik kata. Maklumlah pertama kali hias kek..xla amatur seperti otai2 yang lama berkecimpung dalam bidang ni.

Bak kata orang baru mula nak jinak2 dengan dunia kek ..hehehe. apapun saya puas hati cuma perlu tingkatkan lagi usaha. Tangan dan jari-jemari perlu lebih `lembut' lagi, masih keras dan kekok. Dapat juga lepas gian nak decorate kek...kek yang sedap topping dengan whpping krim dan strawberi , di dalamnya saya letakkan filing strawberi,lihatlah ye..


zoom skit...
kek strawberi topping whiping krim dan buah strawberi
Memang sedap kek ni, ditambah pula dengan toppingnya..walla...resepi saya ambil dari Lovely Kitchen..izin share resepi ye tuan rumah :)



Kek Strawberry

Bahan:-
    5 biji telor gred A
    135 gm tepung gandum ) diayak bersama
    1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
    75 ml minyak jagung/sayur
    160 gm gula halus
    15 gm ovalette
    2 camb. susu segar
    1 camt. strawberry emulco/paste (E-na hancurkan buah strawberry + sedikit pewarna merah)

Bahan Lain:- ( utk hiasan) yang saya guna

    Krim putar (whipping cream) secukupnya.
    Strawberry Filling (E-na guna hirisan buah strawberry)
    Strawberry segar secukupnya
    chocolate rice

Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet.
  2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
  3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
  4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
  5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
  6. Tuang susu segar dan putar rata.
  7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
  9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian .
  10. Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream, choc, buah strawberi dan chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing.


Sharing is caring..rite?? :)

Rabu, Januari 04, 2012

Order pertama Tahun Baru 2012

Bertarikh 3.01.2012 en Farid menempah 30 biji chesetart filing pelbagai untuk kawannya,saya x tahu untuk majlis ke atau makan2. apapun tq en Farid coz terus support biz saya yang kecil2an ni.


Layans...

chesetart filing strawberi dan apple pie
aneka chesetart pelbagai flavour
chesetart filing blueberi dan coklat
chesetart filing apple pie dan coklat
Yang hati berbunga,

Rabu, Januari 04, 2012

Fasha Sanda Nikah tahun Ni??

Saya terbaca dalam petikan Murai Batu mengatakan Fasha Sanda akan tamatkan alam bujangnya pada tahun ni..betul ke? Nak tahu jom baca ye..

Menurut sumber dari Murai Batu.Com

KL, 3 JAN 2012: Sana sini orang asyik bercerita mengenai pelakon jelita Fasha Sandha yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Dalam orang berteka teki, Murai Batu mendapat tahu sememangnya Fasha Sandha telah membuat pengakuan kepada teman Murai Batu bahawa dia bakal bernikah tahun ini, cuma tarikhnya masih belum mahu diumumkan.

Bukan mahu menarik tali, sebaliknya Fasha Sandha belajar dari pengalaman lalu, apabila sesuatu perkara dihebah-hebahkan, akhirnya tidak menjadi, dia juga yang malu. Lantas bisik teman Murai Batu, memang benar Fasha akan bernikah tahun ini, cuma menunggu masa yang sesuai untuk diberitahu umum.
Malah Fasha juga tidak berniat mahu membuat sidang media pengumumam perkahwinannya, ada cara tersendiri akan dilakukan untuk memberitahu mengenai hari bahagianya nanti.

Kalau mahu dirisik mengenai persiapan kesemuanya telah pun diatur secara berperingkat dan khabarnya kedua-dua pasangan semakin tidak sabar untuk menempuh kehidupan baru.

Memandangkan Fasha juga tahun ini telah melangkah usia 28 tahun, bagi Murai Batu memang molek sangat jika mahu berumahtangga.

Doa Murai Batu, semoga Fasha dan Jejai akan dapat mengakhiri percintaan mereka ke jinjang pelamin sehingga ke akhir hayat. Ketepikan sahaja segala kata-kata yang membenci anda, pastinya akan berjaya.


p/s: Harap2 semuanya berjalan lancar...dan jadi hendakNya. Lagi elok lagi cepat lagi bagus...banyak kebaikkan dari keburukkannya :) Saya doakan semoga Fasha Sanda dan Jejai akan bahagia ...

Yang mendoakan,

Ahad, Januari 01, 2012

Resepi Pastry Rapuh

Dalam menyediakan crumble/shell tart ada 2 jenis, iaitu pastry lembut dan juga pastry rapuh. saya suka pastri rapuh. Sebab bila dimasukkan ke dalam petisejuk dan dikeluarkan..ianya masih rapuh dan rangup.

Sesetengah orang suka pastri yang lembut dan sesetengah tidak menyukainya. Di sini saya ingin berkongsi resepi pastri untuk membuat crumble tat yang rapuh dan rangup yang telah ditambah mengikut keperluan saya sendiri. Sumber yang saya dapat..saya sudah lupa dimana..harap tuannya izinkan ye..


Resepi pastri rapuh
400gram tepung gandum
250gram mentega
100gram gula halus
1 biji telur gred a

cara2: 1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan. saya guna dulang/talam yang besar.
2. Kemudian masukkan mentega dan gaulkan kedua2nya sampai sebati. Adunan tersebut akan kelihatan seperti serbuk roti.
3. masukkan gula halus dan gaulkan dalam adunan tadi sampai semuanya sebati. Kemudian masukkan telur. pastikan telur dikacau terlebih dahulu untuk mengelakkan crumble/shell tat menjadi tidak sekata apapbila dibakar nanti.
4. setelah semuanya digaul dan sebati, terus buat crumble dalam acuan tat.
5. Sesetengah adunan ada yang rehatkan terlebih dahulu tetapi adunan ini tidak perlu kerana ianya akan liat dan masuk angin. Crumble akan jadi tidak cantik nanti apabila dibakar.
6. Pastikan oven dpanaskan terlebih dahulu dalam masa 5 minit sebelum adunan dibakar.
7. Setelah siap semuanya, bakar crumble pada suhu 190'celcius dalam masa 10-12 minit. hanya separa masak.

8. setelah siap, simpan dalam bekas kedap udara. Apabila mahu gunakannya,keluarkan dan isi filing tat yang anda ingin buat.

p/s: boleh guna untuk pelbagai tart seperti chesetart,eggtart,custad tart, fruit tart dll...


semoga berjaya :)

Ahad, Januari 01, 2012

Last tempahan..penutup tirai 2011

TEmpahan terakhir untuk tahun 2011...ditempah oleh kaksu , 50 biji apam polkadot pelbagai filing..tq..harap2 ok la ye..


apam polkadot    






Ahad, Januari 01, 2012

Tempahan Aiskrim Tiramisu

Untuk tempahan kali ni, kaksom yang buka kedai di Napoh yang mengorder. Beliau buka kedai alatulis dan fotostat. seorang yang peramah dan baik hati. :) Tq kaksom.


Tiramisu Strawberi rm10
600ml
Buah strawberi...

Ahad, Januari 01, 2012

Tiramisu Aiskrim

Aiskrim tiramisu perasa strawberi ..diorder oleh kak Ena yang bekerja di UUM. Tq kak ena...Harap sukakannya..dan jangan lupa order lagi ye :)




aiskrim tiramisu perasa strawberi rm10            


aiskrim tiramisu bekas 600ml..rm10

Ahad, Januari 01, 2012

Tempahan 75biji Chesetart Dan Custart tart

Tempahan ni dibuat pada 29.12.2011 oleh en Farid :) Pelbagai filing untuk Chesetart Dan
filing Coklat untuk Custard tart(direquest oleh en Farid sendiri).