Rabu, Januari 04, 2012

Fasha Sanda Nikah tahun Ni??

Saya terbaca dalam petikan Murai Batu mengatakan Fasha Sanda akan tamatkan alam bujangnya pada tahun ni..betul ke? Nak tahu jom baca ye..

Menurut sumber dari Murai Batu.Com

KL, 3 JAN 2012: Sana sini orang asyik bercerita mengenai pelakon jelita Fasha Sandha yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Dalam orang berteka teki, Murai Batu mendapat tahu sememangnya Fasha Sandha telah membuat pengakuan kepada teman Murai Batu bahawa dia bakal bernikah tahun ini, cuma tarikhnya masih belum mahu diumumkan.

Bukan mahu menarik tali, sebaliknya Fasha Sandha belajar dari pengalaman lalu, apabila sesuatu perkara dihebah-hebahkan, akhirnya tidak menjadi, dia juga yang malu. Lantas bisik teman Murai Batu, memang benar Fasha akan bernikah tahun ini, cuma menunggu masa yang sesuai untuk diberitahu umum.
Malah Fasha juga tidak berniat mahu membuat sidang media pengumumam perkahwinannya, ada cara tersendiri akan dilakukan untuk memberitahu mengenai hari bahagianya nanti.

Kalau mahu dirisik mengenai persiapan kesemuanya telah pun diatur secara berperingkat dan khabarnya kedua-dua pasangan semakin tidak sabar untuk menempuh kehidupan baru.

Memandangkan Fasha juga tahun ini telah melangkah usia 28 tahun, bagi Murai Batu memang molek sangat jika mahu berumahtangga.

Doa Murai Batu, semoga Fasha dan Jejai akan dapat mengakhiri percintaan mereka ke jinjang pelamin sehingga ke akhir hayat. Ketepikan sahaja segala kata-kata yang membenci anda, pastinya akan berjaya.


p/s: Harap2 semuanya berjalan lancar...dan jadi hendakNya. Lagi elok lagi cepat lagi bagus...banyak kebaikkan dari keburukkannya :) Saya doakan semoga Fasha Sanda dan Jejai akan bahagia ...

Yang mendoakan,

0 comments: