Rabu, Januari 04, 2012

Kek Strawberi Sempena PMR

Semalam buat kek starwberi untuk abang sempena dapat 8a dalam PMR. Simple je tetapi menarik :). Dihiasi dengan buah strawberi dan manik2 gula warna-warni. Cantik abang dan adik kata. Maklumlah pertama kali hias kek..xla amatur seperti otai2 yang lama berkecimpung dalam bidang ni.

Bak kata orang baru mula nak jinak2 dengan dunia kek ..hehehe. apapun saya puas hati cuma perlu tingkatkan lagi usaha. Tangan dan jari-jemari perlu lebih `lembut' lagi, masih keras dan kekok. Dapat juga lepas gian nak decorate kek...kek yang sedap topping dengan whpping krim dan strawberi , di dalamnya saya letakkan filing strawberi,lihatlah ye..


zoom skit...
kek strawberi topping whiping krim dan buah strawberi
Memang sedap kek ni, ditambah pula dengan toppingnya..walla...resepi saya ambil dari Lovely Kitchen..izin share resepi ye tuan rumah :)



Kek Strawberry

Bahan:-
    5 biji telor gred A
    135 gm tepung gandum ) diayak bersama
    1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
    75 ml minyak jagung/sayur
    160 gm gula halus
    15 gm ovalette
    2 camb. susu segar
    1 camt. strawberry emulco/paste (E-na hancurkan buah strawberry + sedikit pewarna merah)

Bahan Lain:- ( utk hiasan) yang saya guna

    Krim putar (whipping cream) secukupnya.
    Strawberry Filling (E-na guna hirisan buah strawberry)
    Strawberry segar secukupnya
    chocolate rice

Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet.
  2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
  3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
  4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
  5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
  6. Tuang susu segar dan putar rata.
  7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
  9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian .
  10. Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream, choc, buah strawberi dan chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing.


Sharing is caring..rite?? :)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

you love this? sale gucci with low price