Ahad, Januari 01, 2012

Resepi Pastry Rapuh

Dalam menyediakan crumble/shell tart ada 2 jenis, iaitu pastry lembut dan juga pastry rapuh. saya suka pastri rapuh. Sebab bila dimasukkan ke dalam petisejuk dan dikeluarkan..ianya masih rapuh dan rangup.

Sesetengah orang suka pastri yang lembut dan sesetengah tidak menyukainya. Di sini saya ingin berkongsi resepi pastri untuk membuat crumble tat yang rapuh dan rangup yang telah ditambah mengikut keperluan saya sendiri. Sumber yang saya dapat..saya sudah lupa dimana..harap tuannya izinkan ye..


Resepi pastri rapuh
400gram tepung gandum
250gram mentega
100gram gula halus
1 biji telur gred a

cara2: 1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan. saya guna dulang/talam yang besar.
2. Kemudian masukkan mentega dan gaulkan kedua2nya sampai sebati. Adunan tersebut akan kelihatan seperti serbuk roti.
3. masukkan gula halus dan gaulkan dalam adunan tadi sampai semuanya sebati. Kemudian masukkan telur. pastikan telur dikacau terlebih dahulu untuk mengelakkan crumble/shell tat menjadi tidak sekata apapbila dibakar nanti.
4. setelah semuanya digaul dan sebati, terus buat crumble dalam acuan tat.
5. Sesetengah adunan ada yang rehatkan terlebih dahulu tetapi adunan ini tidak perlu kerana ianya akan liat dan masuk angin. Crumble akan jadi tidak cantik nanti apabila dibakar.
6. Pastikan oven dpanaskan terlebih dahulu dalam masa 5 minit sebelum adunan dibakar.
7. Setelah siap semuanya, bakar crumble pada suhu 190'celcius dalam masa 10-12 minit. hanya separa masak.

8. setelah siap, simpan dalam bekas kedap udara. Apabila mahu gunakannya,keluarkan dan isi filing tat yang anda ingin buat.

p/s: boleh guna untuk pelbagai tart seperti chesetart,eggtart,custad tart, fruit tart dll...


semoga berjaya :)

2 comments:

fazliana berkata...

sedapnya...nk try buatlah..tq ye=)

imm berkata...

salam singgah..mencari resepi kulit pie..thanx for sharing :)